Thursday, July 10, 2008

Tahlil di Hari Jadi

"Sepasang mata yang memandang kosong mungkin mencari satu kelibat yang kan dipanggilnya 'BABAH'"

9hb. Julai, sepatutnya hari ani lagu “Happy b’day” bekumandang saat meniup dian arah kek harijadinya seandainya Arwah masih lagi ada. Tapi, semua menjadi kenangan. Dan hari atu diganti dengan bacaan tahlil yang dikhususkan untuk Arwah.

Minggu lapas, Bis C Dayang ada mengadakan bacaan tahlil jua untuk orang-orang yang sudah “dijemput pulang”. Tanpa ku sedari, mataku sudah bekaca. Rasa kan mengalir airmataku bila melihat senari “orang yang sudah dijemput”. Biarpun sudah lama ia meninggalkam ketani, entah macammana, aku masih merasa “airmata dihatiku masih balum kering”.

Bebalik pada hari bis C Alai menyambut “b’day Arwah”, baru kunampak satu lagi keajaiban yang diciptakan oleh Allah yang maha sempurna dalam menyusun segala sesuatu.

Tegarak hatiku memerhati seorang insan. 27tahun dulu insan atu pernah muncul dan menyuramkan dunia kanak-kanak kami. Masih ku ingat macam mana kami memikul bakau untuk pailing rumah, mengali lubang untuk tiang rumah. Dan waktu atu hari sudah malam. Mungkin dalam pukul 8 malam kami secara diam-diam pindah semula ke Kampong Ayer.

Tapi atu inda lagi penting bagiku. Yang kuterbayang masa ani, kalau C Alai inda bejodoh Arwah, mungkin rasa dendam masih membara di dada. Ani, segala dendam dan kenangan waktu kana ulun dulu sudah jadi mimpi semalam. Yang ada, orang atu sudah bejiran dengan bis C Alai.

Andai Arwah masih hidup pun mungkin Arwah akan melayan orang atu dengan baik. Aku tau Arwah mempunyai hati yang tulus dan menghormat jiran. Dan aku pun sudah memandang insan atu sebagai orang yang baru ku kenali tanpa sebarang kisah silam.

Kesimpulannya, kalau bukan kerana jodoh Arwah dengan C Alai menyebabkan durang berumah disana, mungkin insan atu akan sentiasa dihantui kesalahan mengulun kami sampai kami terpaksa pindah dimalam hari. Dan masa ani, mudah-mudahan insan atu sudah dapat hidup nyaman. Atulah peninggalan Arwah arahku, supaya untuk “MENGHILANGKAN RASA DENDAM”. Untuk Arwah, mudah-mudahan rohmu dicucuri rahmat, Amin…





"alo, mana ni, Pasar Gadong...



Kasihkan anak ditangan-tangani, Kasihkan cucu dipimpin tangan "indung lakimu inda lagi ada..., tapi sudah memigang tanganmu ani, terasaku macam memigang tangannya..." mungkin atu yang terkeluar dari suara hati nene bini Hazwan



Sebuah renungan ke arah Hazwan mempunyai seribu makna yang mengundang satu wajah. "Hazwan, bila ku memangku kau ani, Ingatku kan arah bapamu, Haji Hussin...." mungkin atu yang dibisikkan di dalam hati....

No comments: