Saturday, June 23, 2007

MODAL INSAN

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG
MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

"sebuah cerita kehidupan yang akan terus berlalu biarpun berkurang"

Terlalu kuno peribahasa melayu atu. Nya orang ketani, sudah ketinggalan zaman. Peribahasa kanak-kanak sekolah dulu. Tapi, pernahkah ketani mengupas makna sebenarnya?. Apakah peribahasa atu memang bekait dengan kehidupan ketani selepas hidup?

"bang Hj Kamis bersama keluarga besar durang menyambut hari keraiaan, Bang Zul control macho"

Mulanya, memang perkara atu balum nampak tapi selepas meninggalkan dunia yang Fana ani, baru perkara ani akan nampak. Inda pernah tepikir olehku pasal Arwah. Arwah sebagai orang biasa yang inda punya harta menggunung, nama pun inda besar (glamour), tapi mempunyai hati dan perwatakannya yang cukup indah untuk dijadikan modal.

"It's my birthday?..., no tapi birthday sama-sama"
Selepas Arwah meninggal, terlalu banyak perubahan yang terjadi arah keluarga Arwah. Malah turut tempias jua arah ‘keluarga besar Arwah’( keluarga balah Arwah dan balah bininya).


"ani gambar mu lagi damit...,"

Terasa tersentuh jua bila ku mendapat e-mail dari London pasal keadaan durang di sana turut menerima impak musibah atu. Kecerian durang macam diragut secara tiba-tiba. Dulunya, keluarga atu terkenal dengan keceriaan dan kegembiraan. Siapa inda kenal keluarga Haji Kamis?. Malah aku sendiri mengakui, durang ani menjadi perencah keceriaan arah siapa saja. Tapi, lapas kejadian atu, keceriaan adalah satu perkara yang telampau payah untuk durang luahkan.

"Happy anniversary"

Hanya disebabkan oleh seorang insan meninggalkan alam ani untuk selama-lamanya, keluarga atu macam kehilangan sumber insprasi. Mungkinkah Arwah sumber insprasi durang?. Jika banar, bagiku atu pilihan yang TEPAT.

"ani baru makan namanya"
"Pa, ketani ani, piknik kah atau makan di sini ani ? aku konfus"
Inda dapat dinafikan, Arwah seorang yang mempunyai sesempurna hati seorang insan.Dengan jiwa yang tulus, diganding dengan rasa pemurah, dan dihiasi dengan merendah diri, menampilkan satu perwatakan yang peramah. Lalu dimertabatkan lagi oleh seraut wajah yang sering mempamir selingkar senyuman yang inda pernah bertopeng kepura-puraan. Maka lahirlah seorang insan yang bernama HAJI HUSSIN BIN HAJI MUSTAPA.

"lapas atu, baru ketani masukkan belacan, supaya terasa macam makan di kampong aing"

Suatu ketika dulu semasa Arwah masih hidup, aku pernah menyimpan satu tekad. Tekad yang akan kujadikan satu tradisi. “MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA”. Masa Hari Raya lapas, aku sudah berniat untuk mencium tangan setiap ahli keluarga yang lebih tua dari aku termasuk Arwah. Hari Raya atu kujadikan satu titik mulanya.



Entah macam mana, impianku atu inda sampai. Bukan pasal aku change my mind, tapi keadaan Arwah yang terlalu menghormati aku sebagai iparnya. Segalanya inda sampai. Malah hari-hari yang mendatangpun aku inda tecium tangannya. Bukan pasal aku ego, tapi rasa rendah diri Arwah cukup menghilangkan segala niatku. Apa yang kumampu lapas atu sekadar mengunjuk tangan tanda hormat. “KUSENTUH TANGANMU KU BAWA KE HATI”.

Atulah kenangan yang inda dapat kulupa sampai saat aku inda sampat mencium tangan Arwah. Seorang yang berhati mulia dan menjadi ikon MODAL INSAN.



* seandainya arwah dapat bersuara dimasa ani, mungkin ia akan berkata : “TOLONG CERIAKAN DAN GEMBIRAKAN ORANG SEKELILING, DAN IA AKAN TURUT SENYUM”