Monday, June 18, 2007

BERLALUNYA 100 HARI

(sorry, aku inda sampat menggambar majlis atu.)

Alhamdulillah, bersukur rasanya apabila majlis Membaca Doa Arwah 100 Hari sempurna dijalankan. Masih terasa bagiku kehilangan Arwah atu biarpun mungkin ada orang sudah dapat menyesuaikan diri tanpa ada Arwah. Atu orang punya cerita. Dan aku tatap aku.

Dalam majlis atu, sempat jua kana bagi sebuah buku Ya-Sin bagi memanjangkan amal jaraih Arwah. Ketani selalu berdoa agar dipanjangkan umur. Dan PANJANG UMUR ani bermacam ertinya.

Baru-baru ani, aku ada mendangar dalam ceramah di TV Brunei pasal doa PANJANG UMUR. Antaranya:
- Memohon umur panjang, mungkin sampai ke tua atau sampai menyempati anak-anak sempurna hidup berdikari sama anak bini/laki nya.
- Segala harta dapat dipanjangkan perjalannnya. Misalnya ada Wakaf, Sedekah atau macam-macam lagi lah.
- Dan yang satu lagi, yang ku tepakai banar makna PANJANG UMUR atu ialah bila nama Si Mati masih disebut oleh orang yang hidup. Antara kana kanang baik atau sebaliknya. Biarpun umur arwah masih telalu awal kana JEMPUT, tapi mungkin doanya dimakbulkan Allah, Amin.

Pernah sekali masa ku ke pasar kan membali lauk, ada tah kawan Arwah yang sama-sama bedagang lauk atu becakap.
“Inda sangka ia meninggal ah…” ia mula membuka cerita
“Au” sautku, “Cemana tah jua.”
“Baik ni Mulah ah, Aku selalu mengambil lauk arahnya. Becerita bah ia,"kan pindahku" nya. "Di Mentiri",” sambungnya.
“Au, ani kan siap jua udah bah rumah atu.” Tebayangku cemana Arwah mungkin sambil senyum menceritakan arah Haji Raman.
“Ah…kesian..., Sabar saja.” Kata Haji Raman menutup cakap.

Terasa sajuk hatiku bila mendengarkan masih ada orang menganang baik kan Arwah biarpun sudah labih 3 bulan sudah Arwah meninggal, dan biarpun dalam kesibukan Hj Raman mencari rezeki untuk anak bininya. Sampat jua ia menganang kawannya atu.

Berbalik kepada majlis Doa Arwah atu, biarpun suasana sederhana, tapi nampak bagiku secara peribadi, ada satu KEMUNCAK YANG BERNILAI. Bayangkan saja, semenjak Arwah meninggal, kehadirannya pun inda pernah ada. Bukan pasal inda mau datang, tapi keadaan yang memaksa beliau berdoa dan bertahlil dari jauh bersama keluarganya di Kota London.

Kehadiran HJH ZANAH bersama ANAKNYA balik bercuti, demi menyampati satu-satunya majlis Arwah dapat jua mengubat rindu mama Arwah arah anak-anaknya yang jauh dari sisinya, Malah dapat bersatu bersama keluarganya yang lain yang selama ani yang menahan tangis dalam diam.

Hjh Zanah bersama lakinya Bang Hj Kamis beserta keluarganya adalah orang yang banyak mencerikan Arwah dari segi dunia luar(luar negeri). Aku masih ingat bila Arwah becerita pasal kenangan Arwah bersama keluarganya holiday di KL.

Akan bersinar mata Arwah bila menceritakan kenangan atu diiring dengan senyuman Arwah yang iski. Durang tinggal arah rumah Bang Hj Kamis sekeluarga katanya, pengalaman Arwah naik Roller Coster yang memberi ijap dan banyak lagi lah. Yang pasti, aku sekeluarga pun sampat menumpang tinggal arah rumah Bang Haji Kamis sekeluarga.

Tapi, apa yang kan ku utarakan masa ani ialah kehadiran Kakak Arwah yang memang rapat kan Arwah. Malah kerapatan durang adi-beradi atu didukung lagi oleh lakinya, Bang Haji Kamis yang berjiwa luhur. Dan kehadiran atu menjadi kekuatan bagi keluarga besar Arwah. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang membaca blog ani, kalau biskita ada gambar-gambar arwah yang ingin dikongsi dalam blog ani, biskita boleh menghantar arahku. Ani my e-mail address:
sahirinbrahim_md@yahoo.com
"DAN SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGUJI SETIAP HAMBANYA SETAKAT YANG TERMAMPU DIPIKUL OLEH HAMBANYA UJIAN ITU..."