Thursday, July 12, 2007

PUSAKA YANG DIPUSAKAI

Dengan pemergian Arwah, seolah-olah meninggalkan satu pusaka yang amat berharga. Inda ternilai dengan duit dan harta benda. Kalau orang bangga mewarisi wang ringgit dan harta pusaka, tapi bagi ku, aku amat bersyukur kehadrat Allah kerana dapat mewarisi pusaka yang di tinggalkan oleh Arwah.

Cuba ketani lapangkan minda, tenangkan hati dan buka mata hati, bayangkan wajah Arwah. Mungkin ketani inda dapat mencari wang ringgit yang ditinggalkan. Tapi sedar atau inda, pusaka yang ditinggalkan lebih berharga dari sebuah kemewahan. SILATURAHIM yang Arwah bena dalam hidup telah dapat merapatkan lagi antara ketani semua.

“…DAN, APABILA MENINGGAL ANAK ADAM, MAKA TERPUTUSLAH DIA DENGAN HAL DUNIA KECUALI KEPADA TIGA PERKARA…
- AMALANNYA
- KEBAJIKKANNYA dan
- ANAK YANG SOLLEH YANG MENDOAKAN NYA…”

“KEBAJIKKANNYA” = SILATURAHIM yang Arwah bena dengan sesiapa saja adalah satu kebajikkannya. Dan adalah menjadi tanggungjawab ketani untuk terus mengekalkan ‘JAMBATAN’ atu.

Dalam hal ani, keluarga dari kedua belah pihak hasil ‘JAMBATAN YANG DIBENA OLEH ARWAH DENGAN C ALAI’ semakin rapat. Aku masih ingat, dari detik Arwah meniggal dunia, antara kedua belah pihak selalu berhubung. Malah saling berpaut rapat.

Contohnya, semasa proses memaduli “rumah” Arwah, Haji Yunus sama-sama adinya memnolong membuangkan sampah hasil kerja-kerja mengusai rumah atu. Biarpun Arwah sudah inda ada, tapi perbuatannya atu macam Arwah ada bersama durang.

Aku masih ingat bila tiap hari kan membaca Tahlil dan Doa Arwah di Kg Setia, C Nah, adi Arwah akan bertukar maklumat dengan bapa pasal perkembangan ‘rumah’ Arwah. Nampak macam Arwah sempat memberitahu arah C Nah untuk memaduli rumah atu biarpun C Nah cuma bini-bini, tapi mampu memikirkan pasal rumah.

Bayangkan saja, masa C Dayang menyambut birthday anaknya di Tutong, keluarga dari Kg Setia bersama seorang wakil dari kota London, sanggup datang ke Tutong biarpun sekadar majlis hari jadi Anak C Dayang (kira anak buah C Alai).

Nampak bukan sekadar majlis atu yang membuat durang dari Kg Setia datang, tapi atas dasar “JAMBATAN ARWAH BENA”, biar jauh tetap durang jaga. Sekali lagi macam Arwah yang malagau durang ke Tutong.

Alhamdullilah, biar Arwah sudah meninggalkan ketani 5 bulan, tapi ‘Arwah masih ada disisi ketani’ .

Percaya atu inda, tegarak hatiku mengupdate blog ani hari ani 10hb. Julai, 2007 tanpa kusedari ani sudah genap 5 bulan pemergiannya.

WABILLAH HITAUFIQ…

SATU ALAMAT TANPA TARIKH DAN NAMA

Hari ani, 10hb. masa aku sama anakku Aidil, secara tiba-tiba C Aidil menganang pasal C Alai. Dan secara tiba-tiba, segala kenangan pasal Arwah secara silih berganti terpapar di depan mataku. Dapat ku lihat dari lembaran fikiranku macam mana gerak geri Arwah. Inda ku kan lupa raut wajahnya biarpun aku menutup mata. Malah masih menitis aing mata ani saat ku mengupdate blog ani. Terlalu kuat pengaruhnya dalam hidupku.

Nya orang, kalau orang sudah hampir masa kan meninggalkan ketani, selalunya akan ada tanda-tanda yang ketani sendiri inda perasan. Dalam perkara ani, aku inda sampat betanya arah siapa saja, apa tanda-tanda yang durang alami saat Arwah kan meninggalkan ketani. Yang pasti, aku secara inda sedarku ada tanda atu.

Selalunya lapas ku sembahyang, aku akan membaca sama ada Al-Quran atau Surah Yassin ataupun Surah Waqiah. Entah macam mana, aku baru terfikir mengapa aku selalu membaca surah-surah atu, malah Surah Yassin selalu ku baca lapas sembahyang Maghrib atau Isya.

Sebelum ani, aktivitiku atu inda pernah ku buat. Tapi entah macam mana, tegarak hatiku membaca surah-surah atu dalam pertengahan bulan Januari 2007. Rupa-rupanya, aku sudah mendapat alamat bahawa ada orang kan meninggalkan aku, kami dan semua. Dan Arwah meninggalkan sejuta kenangan untuk kami selamanya.

Seperkara yang amat ku bersyukur atas pemergian Arwah, mungkin Arwah telah menggerakkan hatiku untuk selalu membaca surah-surah atu untuknya. Antara surah yang SUCI. Mudah-mudahan sampai arahnya. Amin…