Wednesday, February 27, 2008

Satu Majlis, Sekuntum Kegembiraan Kembali

Satu majlis, biarpun ala kadarnya, dapat menyemai semula kegembiraan yang dulunya semakin malap. Tapi dengan semangat meneruskan silaturrahim yang ada, segala kesedihan dijadikan satu lembaran semalam yang inda akan dilupa tapi kan dijadikan penguat semangat.





Dalam majlis ani, C Dayang bedikir sempena pindah rumah. Diselajurkan jua mama Khatam Al-Quran sama C Minah. (this part aku nda datang pasal inda kana inform)






Biarpun majlisnya sederhana dengan 5 buah kem..., 300 biji kursi dna 10 biji meja, .. eee....tapi majlis atu dapat mengukir semula senyuman di muka yang dulunya sikit sugul. Nda caya?... cuba liat.....



Banar inda?... Tapi biarpun cematu, yang sudah inda ada inda akan dilupa. Sebab atu tah pertalian keluarga antara keluarga Arwah dengan kami semakin kukuh. Dalam majlis yang di adakan di Tutong atu, keluarga dari Kg Setia pun turut ada.


"Mana tia kanak-kanak ani, kan disuruh membagi. Ani aku pulang kana suruh membagi, nada rapan kan nguruat ni...."

Nampak orang bediri tengah2 pakai baju merahatu?, iatah ia ada becakap:"Itu harta bukan kau yang punya.... Ahmad Albab yang punya....Ah.ah.ah.ah...."


"Cuba liat, keluarga dari Kg Setia sanggup bejalan kaki ke rumah C Dayang semata-mata memperkukuhkan ikatan keluarga..... kereta parking siring rumah C Dayang"

"Ani cara2 bediri menjadi turus laut di luar rumah...Yang dibawah, cara2 bediri meimbang pintu jadi pemangung"

"Salah satu pose control ayu semasa berdoa"

"Bah siapa inda besuara masa bedikir, alamat inda kana bagi sampul surat.....(dalam sampul surat ada voucher tiket ulang alik dari Kg ayer ke Bandar)"



"Selepas ani, durang kana suapi oleh nene durang pasal durang nda kan pandai makan nasi, kan makan pizza tah ganya....."

"Ani tah namanya boom, dalam boom ani ada beberapa elemant yang mengenyangkan. aku makan sedikit ganya pun sudah kanyang..." (tapi ampai-ampai di meja, pinggan lapas makan)

"Abis majlis ani, kau basuh nainah di dapur. Banyak belanga tu. Makan tah banar-banar dulu..."


"Jejak kasihan"

Monday, February 11, 2008

SETAHUN BERLALU... dan ...FEBRUARI MUNCUL LAGI...

"Ya Allah, Ya Rabbi..., Kepadamu ku memohon, limpahkan lah rahmatMu kepada babahku. Babah, ku memohon restumu, dan doakan aku untuk sentiasa tabah menghadapi hidup ani tanpa babah disisi. Doakan ku jua mudah-mudahan aku maju dalam pelajaranku.
Babah... aku rindu babah..."

Kehadiran Hazwan dalam Majlis ani ibarat satu Anugerah selepas ia sihat dan keluar dari Hospital sehari sebelum Majlis ani.

"Babah..., ani tah rumah ketani..." mungkin atu yang cuba diceritakan oleh durang


SUASANA MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH PADA 10HB. FEBRUARI, 2008
Tiada kata-kata yang dapat ku gambarkan suasana Majlis Tahlil bagi Arwah yang sudah genap setahun pemergiannya.
Dalam setahun atu, terlalu banyak perubahan terjadi. Impak dari kehilangannya menghambat kuat arah keluarga yang ditinggalkan. Namun dengan 'amanat' dari Arwah, keluarganya mengharungi dengan satu matlamat. Matlamat yang juga menjadi matlamat Arwah untuk melihat keluarganya bahagia dan berjaya.
Berikut adalah rentitan suasana Majlis Tahlil yang inda dapat ucapkan dengan kata-kata.










Antara ahli keluarga Arwah yang turut hadir



Haji Talip, Antara orang yang paling rapat dengan Arwah















"Ya Allah, berkatilah majlis kami ini dan semoga doa yang kami panjatkan ani mendapat keredaanMu. Izinkanlah doa kami ini sampai kepada Arwah Haji Hussin bin Haji Mustapha. Amin..."
"Kalau lah ada babah, mesti aku inda bejalan seorang macam ani..."


Ukiran senyum yang mempunyai satu makna tetapi berlainan erti...


Biar semua kenangan tersimpan dalam kamera ani dan biarkan gambar dalam kamera ani yang menceritakan segala sesuatu yang terjadi


"Hallo, my name is Hazwan. You can call me Mr Wan. Memperkenalkan, di sebelah kananku adalah amahku yang selalu membasuhkan butul susuku dan di sebelah kiriku adalah yang selalu membasuh aku kalau aku ehem...ehem...(biasalah kalau aku kana bawa ke jamban...) Sory bungsu dan tua..."


"Cemana kami ani? Macho kah?"


".............................. aku rindu arah nya...."

"Nampak ni? tau apa maknanya?... Ani maknanya ada 2 budak hitam di belakangku..."

"Mummy, sampitku eh... suruh tua ani asar sikit bah...."


"Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kepadamu kami menadah tangan untuk memohon rahmat dan hidayah. Dan kepadamu jua kami berserah. Dengan rahmatmu jua kami dapat hidup dan dengan kehendakmu jua kami kau jemput. Kami berserah di atas segala ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu, Mohon Engkau rahmati Arwah Haji Hussin bin Haji Mustapha. Kami panjatkan doa kepada Mu Ya Allah semoga Arwah Haji Hussin akan terpilih bersama orang-orang yang terpilih untuk menghuni syurga yang Engkau sediakan.
Ya Allah, tempatkanlah Arwah bersama orang-orang yang mulia, kerana di sepanjang hayat Arwah, dia seorang yang memuliakan tamunya.
Ya Allah, perkenankan lah doa dan permintaan kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Amin..."