Tuesday, February 13, 2007

FROM ZERO TO HERO...


'INSAN MULIA'
Pertama kali ku melihat INSAN MULIA ini apabila dia mengadakan 'first date' dengan C Alai (my younger sis). Pada malam atu aku tertidur arah tv room di rumah kami di Kg Bunut. Maklumlah, lalah balik keraja.

Tekajut jua rasanya bila ku membuka mata, rupa-rupanya duduk siringku tidur ani adalah kedia yang kurasa kedia gegaran. Bukan pasal meliat aku tidur yang mungkin langap-langap, tapi pasal baru pertama kali ia keluar dengan stady girlfriend since ia menjadi solo.

Sejak atu, ia sudah menjadi isi dalam keluarga kami. Gambar atu, semasa majlis MENGHANTAR BERIAN. Atulah kek yang kana bagi oleh tunangku sebagai balasan dalam majlis atu.


"Haji Hussin mengipak anaknya Masitah"



'SATU DALAM SEJUTA'
Ani masa aku bersama tunangku yang pada masa tau sudah menjadi biniku menyambut hari jadi anak kami yang pertama dan kedua (eh... aku ada anak udah....). Dalam majlis atu, kami mengadakan bermacam-macam mainan. Dari untuk orang yang begelar bapa/mama sampai kepada orang yang sudah berstatus cucu.

Terlalu ceria wajah INSAN MULIA yang sedang mengipak anak keduanya bersama girlfriendnya dulu, masa atu pun sudah menjadi bininya jua. Dari raut wajah yang selamba, teselindung satu kekuatan padanya.

Antara aku dengan beliau, kami sudah inda ada ikatan sebagai IPAR. Selama ani kupikir ia kuanggap sebagai iparku, tapi bukan... ia udah macam abangku. Statusnya sudah dinaiktarakan seganding dengan si AWANG.Dari segi perangai, budi pekerti, sopan santun, dan segala sifat kesempurnaan insan ada padanya. Atulah pandangan dari kacamataku. Dia ibarat SATU DALAM SEJUTA.


"Dengan wajah selamba, beliau dapat menawan setiap mata yang melihat dengan senyumannya"



'PENYERI SURAMNYA SIANG'
Masih ingat dengan INSAN MULIA, yang hanya ada SATU DALAM SEJUTA?. Kalau orang lain meliat cara penampilannya, mungkin orang akan pikir ia berjawatan di pejabat kerajaan. Mungkin orang terbayang ia berpendapatan tetap.

TAPI, dia hanya seorang PENYERI SURAMNYA SIANG.Siapa sangka, orang yang nampak segak ani, rupa-rupanya dia hanya seorang insan yang berstatus PENGURUS BANGKU IKAN di pasar Gadong. Biar apa status kerjanya, dalam dirinya tiada yang dapat menandinginya.

Siapa diantara kita yang sering menhulurkan tangan bersedekan disaat kita bertekad untuk mencari rezeki untuk diri sendiri? mungkin ada, tapi ada seberapa orang saja?. Dialah PENYERI SURANGNYA SIANG bagi sesiapa yang dikenalinya. Niat bersedekah tidak pernah mengenal waktu dan pada siapa. Kupikir hanya kami yang diberinya lauk free, tapi rupanya banyak lagi..., dari petuan ku, mertuaku dan entahlah siapa-siapa lagi. Yang pasti dia inda pernah kata, "Inda ku beduit". Dan buktinya, sampai tarikh 10hb februari, 2007, bisnesnya INDA BANKRUP.

"Biarpun jauh dari Lambak Kanan ke Bunut, tapi demi menceriakan majlis C Amin, Haji Hussin sama keluarganya sanggup meluangkan masa"

'KAU ISTIMEWA'
Siapa sangka, dalam kecerian wajahnya atu, ada terselindung satu harapan untuk anak-bininya, tersimpan satu cita-cita untuk berumah sendiri, terpancar di lubuk hati untuk melihat anak-anak membesar dan membela hidupnya. Tapi, apakan daya. Sekadar berjawatan PENGURUS BANGKU IKAN, bank inda mungkin dapat membagi loan.

Allah maha mengetahui segala yang desembunyikanNYA dan dia maha pemurah lagi maha penyempurna. Bagi mimpi Haji Hussin dan kelurganya mendapat 'sebuah rumah menumpuk dapan durang'. Inda perlu kubagi tau cemana rumah atu datang menumpuk arah durang, cukup ku katakan Allah maha pemurah.

Dalam keceriaan Haji Hussin sekeluarga mendapat rumah, kami turut menumpang happy disamping dapat mengimbau semula zaman kanak-kanak kami yang terpaksa mengali ubi kayu untuk menjadi breakfast. Disana lah C Awang terpaksa 'KEDI' di padang golf Mentiri. Di Kg Mentiri atu tah jua yang mengenalkan kami adi-beradi erti "HIDUP DAGANG". Telampau jauh bagi kami untuk mengenal erti persengketaan pada masa atu. Tapi kedatangan kami ke Kg Mentiri pada masa ani bukan untuk di ulun orang.

Bagai sebuah hempasan kepada kami sekeluarga bila menyedari kami inda lagi dapat makam bersama lagi Haji Hussin. Tiada lagi INSAN MULIA, yang hanya SATU DALAM SEJUTA dan menjadi PENYERI SURAMNYA SIANG orang. KAU MEMANG ISTIMEWA.

TARIKH KERAMAT

Tanggal 10hb. Februari, 2007 menjadi detik keramat. Waktu atu aku baru saja menghantar AIDIL, ADIK dan Zimah ke Sunshine School bila aku menerima panggilan C Alai, dengan tangisnya meminta tolong. Tersadik di hatiku ada masalah.

"MIT, TOLONGKU... MACAM KERITA HJ HUSSIN BAH KANA LANGGAR AH..., TOLONGKU LAKAS...."

Dengan tenang kupujuk hatiku untuk tabah. Aku cuba mendapatkan tempat di mana "HAJI HUSSIN" berada. Aku gunakan jalan menuju Tungku Highway, malang bagiku, jalan sudah jam. Kucuba melalui jalan Gadong, pun sama jua. Dan akhirnya, taruskan saja.Sepuluh minit perjalanan dengan keadaan yang amat perlahan aku hubungi C Wasid,

"MAMI KE HOSPITAL UDAH".

Aku terus call C AJI dan betanya dimana dia masa atu udah.

"AKU DEKAT GADONG PROPERTY" katanya.

"BAH PUSINGTAH KAU, AGA C ALAI DI HOSPITAL". atu arahanku arahnya sebagai abang.

Alhamdullilah, C AJI dapat berpatah balik. Tapi sepuluh minit lebihkurang aku mendapat panggilan dari C AJI
"MIT, HAJI HUSSIN MENINGGAL...".

Ya Allah, atu tah kemuncak detik hitam hari atu. Aku terus ke hospital dengan memujuk hati supaya jangan menanggis, tapi atulah masanya ganya aku menanggiskan HJ HUSSIN.

Aku call C AWANG dan bagitau berita atu.

"WANG, MANA KAU UDAH?"

"DALAM PERJALANAN, BANDAR KU UDAH"

"HAJI HUSSIN MENINGGAL..." inda ku dapat meneruskan kata-kata lagi. Sampat ku mendangar C Awang menanggis.

Sampai di hospital, aku cuba menenangkan C ALAI. kulihat BAPA pun ada sana. Inda pernah kumelihat bapa menanggis. Atulah saat kami dirundung 'awan kelabu'.

RUMAH MAYAT. Suasanan suram. Terlalu sukar untuk kugambarkan dengan tulisan bagaimana lukisan kehidupan orang-orang yang ada di sana. Dan saat yang penuh memilukan pun sampai bila jenazah Allahyarham diusung keluar dari rumah mayat. Aku cuma mampu memapah C ALAI.

"LAI... SABAR SAJA LAI..."

"MIT... AKU KAN MELIAT HJ HUSSIN MIT..."

"AU LAI... DI RUMAH SAJA KARANG..."

"INDA... SEKAJAP SAJA BAH..."

Hancur luluh hatiku sebagai abang bila mendengar permintaan C ALAI atu. Ku suruh orang yang mengusung jenazah atu tunggu sekejap. Kubawa C ALAI dekat jenazah sebelum kana masukkan ke dalam ambulan. Dan...

"OI... BANGUN OI..."

Dan sekujur mayat yang kaku atu hanya mampu menyepi...

"Haji Hussin memake up kan anaknya yang masih tidur dalam acara ANAK KANA MAKE UP OLEH INDUNG LAKI. BersamanyaC Kidah memigang make up, C Nurul dan Adee Billah tukang lawak, C Alai jadi director BADUT"

"Ceria wajah C Wasid mengipak adinya Masitah yang tebangun masa kana bagi make up oleh bapanya"


"Kecerian Adee Billah lenyap serta merta bila mengetahui dia sudah inda ada indung laki"

"AKU MAU LIAT BABAH LAGI..." sambil mencium gambar arah I.C Allahyarham berkali-kali semasa kami mengadakan majlis membaca tahlil di Kg Setia.

"HAJI HUSSIN BIN HAJI MUSTAPA, DARI TIADA KEPADA ADA. DAN DARI ADA KEPADA TIADA. DARI SEKADAR INSAN YANG BEKERJA DI PASAR KEPADA SEORANG INSAN YANG PALING BERMAKNA KEPADA KELUARGANYA."

"YA ALLAH...TEMPATKANLAH INSAN INI DITEMPAT YANG MULIA SEBAGAI MANA MULIA HATINYA PADA PANDANGAN HAMBAMU YANG MASIH HIDUP. AMIN..."

AL-FATIAH