Tuesday, February 10, 2009

INGAT HARI INI?....

Kali terakhir aku mengupdat blog ani pada 27 Disember, tahun lalu. Mungkin pasal aku terlalu sibuk pasal aku ikut programme ChFC dan jua aku kurang ilham untuk kuutarakan. Kadang-kadang ada ilham tapi masalahnya aku inda dapat online pasal connection di rumah masih lagi binasa oleh banjir.

Hari ani, 10 Februari 2009, genap 2 tahun kejadian malang menimpa keluarga kami. Aku melihat sekeliling ku masa ku drive keretaku bila aku menerima message dari Si Alai. Hatiku cukup terusik. Suasana cukup cerah. Sama cerahnya macam 2 tahun lalu. Cuma bezanya pada hari dan waktu. Masa atu aku di Jalan Beribi lapas mengantar kanak-kanak sekolah dan pagi tadi aku di Jalan Tutong untuk keraja.

Segala kenangan yang dulu mula terbayang di dapan mataku. Kurasa semua kenangan atu masih sempurna dalam ingatanku dengan urutan perjalanan masa. Tapi segala atu sudah ditakdirkan dan tertulis dalam ‘Luh Mahfuz’. Yang pasti ketani yang hidup ani tetap mengingat Arwah biarpun ketani dalam kegembiraan, mahupun saat ketani seorang diri.

Seperkara yang menyebabkan Arwah bahagia andainya Arwah tahu, ketani sekeluarga masih lagi macam dulu. Ketani inda pernah lupa kan Arwah. Kadang-kadang, dalam aku sama biniku melayan karenah anak-anak kami, kami selitkan kenangan bersama Arwah. Terutama kalau kanak-kanakku melihat album gambar kami.

Arah Aidil dan Adik sudah ku ingatkan arah durang agar jangan lupa macam mana rupa Arwah. Seboleh-bolehnya biar tah durang menjadikan segala sifat dan keperibadian Arwah menjadi IDOLA durang.




Hari ini…
Tatkala mentari membuka matanya
Membiarkan kicauan sang camar
Mengalun irama untuk menutup sebuah kelukaan
Namun….
Sang bayu membisik lembut ke telingaku
“Ingat hari ini?....”

Kecerian pagi sekadar irama semalam
Menyingkap pembelut luka
Biarpun tidak berdarah….
Biarpun tidak sakit….
Tapi masih kuterlihat parutnya.
Dan aku…
masih ingat ‘hari ini’…

Semalam,
Ku terhidu kelopak Mawarmu
Masih ku ingat Mawarmu menghias hari-hari berlalu
Kelopak Mawarmu menjadi insprasi
Dan kini…
Hari ini…
Kuntuman Kemboja menjadi penyeri pusaramu.
Sebuah perjalanan memisah sempadan alam,
Moga kau damai di sisi NYA