Friday, August 10, 2007

BUKAN KERANA NAMA... SEKADAR TANDA KASIHKU UNTUKMU

Hari ani Jumaat, 10hb. Ogos, genap 6 bulan sudah pemergian arwah. Dengan ertikata lain sudah setengah tahun aku inda melihat kelibat senyumannya. Sedikit demi sedikit suasana sudah beransur berjalan seperti biasa. Nya orang “life must go on”.

Kalau ku ikut kata hati, inginku mengupdate blog ani setiap minggu. Ataupun kalau inda terdaya, dua minggu sekali ataupun sebulan sekali mungkin. Tapi kalau kupikir semula, mengapa aku menulis blog ani.

Beberapa hari yang lapas, ku cuba mengupas segala perjalanan hidup arwah. Kupaksa mengimbas segala ingatku memfokas arahnya. Untuk kuhasilkan dan kuberitahu semua orang sebuah perjalanan hidup seorang yang inda menyuarakan deritanya tapi masih mampu senyum. Pernahkah (sesiapa saja) mendengar keluhannya? Deritanya? Atau susahnya?. Namun, hasilnya hanya kosong. Aku sudah ketandusan idea dan kata-kata.

Dalam diamku merenung semula segala pelajaran dan ilmu yang dipelajari dalam hidup, baru ku sedar bahawa aku mesti akur pada ketentuan NYA. Jangan kan idea dan ilham, segala rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya datang daripada NYA. Dan baru ku sedar bahawa apa yang kutulis selama ani lahir dari ilham yang datang tanpa diundang dan dipaksa.

Jadi, sesuai dengan yang kupaparkan di atas, aku hanya akan mengupdate blog ani bila ilham menyapa dalam hidupku. Mungkin atu adalah petunjuk dari NYA kepadaku dalam usahaku menganang kemulian hati seorang insan bernama HAJI HUSSIN BIN HAJI MUSTAPA.

Kepada semua, hanya kupinta agar inda akan melupakan bolg ani. Seandainya biskita ada digamit ilham dan kenangan bersamanya untuk dikongsikan, sila kirimkan saja arahku. Akan kupaparkan disini. Insyaallah.

Biar ia lama inda update, namun suatu saat, bila tergerak hati ani yang rindukan seraut wajah yang sudah tiada ani bertaut diranting pertemuan rindu, aku akan mengupdat semula. Bukan ku kan melupakannya. Jauh sekali meluputkan kedidia dari ingatanku. Buktinya, lagu Hazami – “Mungkir Bahagia” akan sentiasa kudengar untukku merapatkan diriku dengan kenangan bersamanya.

"Aku menulis bukan kerana nama, tapi sebagai sumbanganku untuknya yang telah pergi. Mudah-mudahan semua kata-kata indah dan baik menjadi doa untuknya di SANA, dan ia inda akan sendiri kerana doa orang yang hidup sentiasa bersamanya. Amin" - ikhlas dari penulis.