Wednesday, March 21, 2007

"Mungkir Bahagia"


“Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali…”
Bagai sudah ditakdirkan, irama yang menjadi ‘ringing’ telefon arwah semasa aku mendail telefonnya masa hari kejadian, untuk betanyakan keadaannya. Masih tedangar ditelingaku tiap bait kata-kata yang terungkap. Dan telefon atu inda dijawab. Sampaitah ku mendapat berita tentang pemergiannya.

Dan bila DIA menghendakai terjadi, pasti akan terjadi. Dan, ia telah terjadi. Segalanya sudah diceritakan dalam lagu Hazami. Cuma ketani saja yang inda pernah mentafsirkannya.

Kadang-kadang, bilaku mendengar lagu Hazami – Mungkir Bahagia, macam ada something missing dalam hidup.

Antara yang menjadi kenangan dari lagu atu, janji Arwah untuk hidup bersama di rumah baru mereka. Dan Arwah ‘memungkirinya’.



"Tersergam sebuah 'istana' yang diimpikan oleh Arwah dan keluarganya"


Sebuah kehilangan yang amat terasa bila aku ke rumah durang di Kg Sg Besar. Semasa hayatnya, Arwah sempat melukiskan segala rasa dan harapan arah rumah atu. Dari warna tiap bilik sampai kepada jenis tabir dan segalanya. Semuanya mencerminkan gambaran keriangan Arwah.

"Terlukis pada dinding tiap bilik bagiamana cerianya isi hati Arwah - dan warna dinding adalah warna-warni hati Arwah"


Dapat ku bayangkan cemana perasaan Arwah semasa kami sama-sama melawat rumah atu. Masa mula-mula rumah atu kan di renovate. Masa atu ada dua orang Indon sanggup untuk membuat kerja membaiki dan mengubahsuai sikit-sikit rumah atu. Biar ku inda melihat riak wajah Arwah masa menunjukkan mana tampat kan di usai atu, dari pandangan matanya sudah cukup kunampak sinar gembira untuk memilik rumah.

Dari tinggal di rumah teres, ani kan tinggal di rumah sendiri. Dalam fikiran Arwah mungkin sudah dapat membayangkan macam mana anak-anaknya akan tidur di bilik sendiri. C Nurul inda lagi sebilik dengan C Kidah. Adee Billah pun sudah di sediakan bilik sendiri. Bilik tamu yang luas, inda macam di rumah teres yang sampit bila keluarga datang, atau mengadakan majlis.

Aku masih ingat macammana Arwah merasa iski masa kami sekeluarga ke rumah durang di Lambak Kanan. Caranya melayan kami macam ia sudah lupa keadaan rumah durang. Sebolehnya, Arwah mahu memberi keselesaan arah kami sekeluarga tapi apakan daya, keadaan rumah yang sampit,

Inda dapat kubayangkan macammana keadaan Arwah seandainya ia masih hidup dan melayan kami sekeluarga atau siapa saja yang datang kerumah baru durang. Atu lah keadaan Arwah yang selalu menghormati tetamu yang datang.

"Antara lukisan hati Arwah yang dapat digambarkan melalui pilihan warna dan rekaan"

"Pemandangan yang indah bagai menzahirkan pendangan dan harapan Arwah untuk keluarga Arwah"
"Sebuah kehilangan dirasanan bila keluarga berkumpul di rumah baru untuk keluarga Arwah"

"Biar tiada Arwah, segala cita-cita Arwah akan kami sempurnakan"

"Sebuah harapan yang ingin diciptakan menjadi kenyataan"




"Ya Allah, Izinkan kami menyemai semula sebuah kecerian untuk Adee Billah. Amin"











Wednesday, March 7, 2007

TIAP SESUATU DI MUKA BUMI MERELAKAN PEMERGIANNYA


" Gambar keluarga sewaktu Majlis Perkahwinan BB - 2006"

Hari ani, 10hb. Mac, 2007, Sabtu, Jam 11.59 malam (23:59hr). Sudah sebulan kejadian ngeri atu berlalu. Masih balum ada tanda-tanda pengalaman atu akan dilupa, malah ia inda akan dilupa biar keakhir titik kehidupan. Dan “beliau “direlakan tanpa kekesalan. Yang ada hanya kehilangan satu kelibat yang sering mempamirkan senyum.

Ingin ku cari sifat buruknya, mungkin ada suara sumbang yang ingin diucapkan oleh orang sekeliling, atau mungkin ada yang cuba meluahkan perasaan macam mana mereka merasa dimalukan oleh “beliau”. Bukan niatku untuk mengungkit keburukan “beliau”, tapi sekadar untuk membela “beliau” sebagai mana surat pembelaanku untuk anak “beliau” yang cuba di’aib’kan.

Dari sebuah pencarian, akhirnya tiba disatu perhentian. Sebuah keburukan yang dicari hanyalah sebuah kehilangan. Dan kehilangan itu tiada pengganti.

Dari detik aku dihospital semasa hari kejadian yang antara orang mula-mula mengetahui pemergian “beliau”, sampailah saat ani, di depan komputerku untuk meneruskan luahan perasaan yang terus menerus membisikkan segala kenangan hayat "beliau" tanpa berhenti.

Dari saat ku tahu, “beliau” dilanggar, saat “beliau” disempurnakan dan pada hari-hari pembacaan doa arwah dan tahlil di Kg Setia, malah sampai saat aku melukiskan gambaran perasaan ku dengan kata-kata, aku inda pernah mendengar satu suara yang meluahkan kata-kata kesat atau kasar terhadap sesiapa pun, walaupun pada driver pick up atu.

Alam sekeliling seolah paham akan kehilangan dan bumi bagai menerima “beliau”. Buktinya, samapi ke saat ani, aku inda pernah mendengar orang yang cuba membelas dendam atas pemergian “beliau”.

Macam perjalanan hayat “beliau”, yang sering merendah diri, menjaga hati orang dan sanggup berkorban untuk kebahgiaan “beliau” tanpa membelakangi keluarga “beliau” dan alam seolah merelakan pemergian “beliau” dan segala sesuatu yang ada dimuka bumi membisu dari meluahkan kata-kata kasar, kesat dan yang membuatkan orang bangkit hati. Segala kebaikan dan perangai baik “beliau” bagai menjadi penawar kepada semua rasa dendam dimuka bumi. Segala kemarahan dan kekecewaan terubat dengan luhurnya sifat keperbadian yang sempurna seorang insan yang “beliau” miliki. Bagai air memadam api, dan bagai mentari menerangi kegelapan. Itulah gambaranku terhadap “beliau”. Insan yang penuh kekurangan dalam dunia tetapi sempurna sebagai insan.

"Inilah wajah-wajah yang terpaksa meneruskan perjalanan hidup tanpa beliau. Malah lahir seorang insan yang tidak akan pernah merasa kasih sayang seorang ayah"










Tuesday, March 6, 2007

BEGALAU DI KG AING - NIKMAT DAN NOSTALGIA


Sebuah lembaran album yang mampu kusingkap ingin ku kongsi bersama semua. Kenangan ini diluar pengetahuanku. Seandainya aku mengetahui, tentu aku ada sama durang begalau di aing.


"Arwah meninggalkan satu kenangan untuk anaknya Adee Billah-Mandi begalau di kg aing"


Entah bila gambar ani diambil, yang pasti, kenangan atu macam baru tadi siang terjadi. Nampak sihat keadaan Arwah masa membawa anaknya Adee Billah mandi dengan sepupu-sepupunya. Mungkin kalau c Aidil ada masa atu, mesti ia lupa dunia. Memang ia kan ikut benanang.



"Adee Billah lebih merasakan kehilangan bapanya, orang yang selalu membelikan burger untuknya bila balik sekolah"


Apa yang ingin ku utarakan, Arwah inda pernah lupa diri. Semenjang ia bekeluarga (after menjadi solo semula) ia inda pernah lupa asal usulnya. Bukan Arwah saja, anak-anak Arwah pun disemai macam mana kehidupan orang Kampong aing. Walaupun Adee Billah inda pandai benanang, masih jua disemai macam mana rasa kalau menjadi kanak-kanak kampong aing.


"biar berapa lama Arwah meninggalkan aktiviti mandi begalau, tapi anaknya berjaya membalikkan nostalgia mandi begalau di kg aing"

Tapi apa yang penting, lapas durang mandi begalau di kg aing, sekurang-kurangnya sepeninggalan Arwah, Adee Billah sudah pernah merasai mandi begalau di kampong aing. Sudah ada satu keistemewaan yang sudah Arwah pusakakan kepada anak Arwah yang mungkin inda pernah terjadi arah anak-anak yang lain di Brunei - MANDI BEGALAU DI KG AING. Kalau kan tau, anak ku sendiri inda pernah mandi begalau di kg aing. Maklum tah... mamanya luan be uri


"Adee Billah menakul kuat Arwah pasal takut kan aing. Antara yang ikut begalau di aing: C Awang, Hapis, Faiz, Najib, Arif dan Kakak Nina "

Monday, March 5, 2007

HADIRMU TAK DIRASA, HILANGMU DICARI



Sudah lumrah hidup, Bila ada, Orang tidak kenal. Bila sudah tiada, Orang akan mencarinya. Begitu juga dengan beliau yang pada hayat beliau, orang tidak mengenalinya. Biar apa yang beliau lakukan dan buat, orang tetap tidak pernah ambil tahu. Hanya keluarga terdekat yang tahu dan menghargai.

Orang tidak kenal siapa Haji Hussin bin Haji Mustapa, yang berniaga menjual ikan di Pasar Gadong. Malah pelanggan beilau pun tidak semua mengenal nama beliau. Jauh sekali untuk ambil tahu latar belakang beliau.

Namun, pada tanggal 10hb. Februari, 2007, seluruh rakyat Brunei telah mengenal beliau. Nama beliau disebut dari mulut ke mulut.. Tetapi nama itu hanya disebut setelah beliau meninggalkan keluarga beliau. Meninggalkan seribu kenangan manis kepada anak isteri beliau. Malah semua keluarga beliau mengenang beliau dengan sifat rendah diri beliau.

Bukan kerana apa yang beliau lakukan atau persembahkan menyebabkan beliau dikenali di seluruh Negara, tapi, atas nasib yang menimpa beliau sehingga meninggalkan satu kesan yang sangat mendalam kepada keluarga beliau.

Hingga hari ini, masih tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib beliau semasa beliau dijemput ajal. Malah terlalu berat untuk diungkapkan dengan kata-kata. Yang pasti, beliau mengadap Ilahi tanpa didampingi oleh keluarga beliau. Itulah janji kita, Janji yang kita ucap sewaktu kita dilahirkan: “Hidupku, dan Matiku hanyalah keranaMu.”.

Setelah kejadian yang penuh “kejam” tersebut, nama beliau yang telah menjadi Arwah selalu disebut-sebut. Malah pelanggan Arwah pun baru mengenal bahawa orang yang sering mempamirkan senyuman di bangku ikan tersebut adalah Arwah. Dan segalanya telah berakhir dengan rasa yang bercampur baur.

Ada yang marah pada pemandu Pick Up tersebut, ada yang benci pada bangsa pemandu tersebut, tidak kurang jua yang merasa kesal dengan keadaan. Tapi apakan daya, segala Qada dan Qadar telah sempurna pada masa tersebut.

Yang tinggal hanyalah kenangan. Dan kenangan itu tidak mungkin hilang pada keluarga Arwah. Malah pada anak-anakku, ku seru agar mereka tidak akan menghapus gambaran wajah Arwah dari memori mereka. Agar mereka sentiasa ingat, bahawa suatu ketika dulu mereka mempunyai seorang bapa saudara yang berhati mulia dan berjiwa luhur.

Biar Arwah mempunyai segala kekurangan, namun Arwah berjaya dalam menjaga nama baik keluarga bahagia Arwah hingga dipandang sempurna oleh mesyarakat tanpa diketahui bahawa Arwah hanya seorang insan yang bekerja sendiri.

Masih ku ingat, bagaimana arwah bersusah payah untuk memenuhi semua permintaan orang. Tidak pernah keluar dari mulut Arwah “Inda ku dapat”, “Alum tantu ku dapat menolong”, “Payah tu eh…” atau apa jua ayat yang menggambarkan bahawa Arwah tidak dapat membantu melainkan Arwah akan melakukan apa saja demi memenuhi permohonan orang.

Sekalong pujian juga diberikan kepada keluarga Arwah kerana tidak pernah membantah Arwah dalam usaha Arwah menolong orang biar mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Arwah akan “lalah” akibat usaha Arwah.