Wednesday, March 7, 2007

TIAP SESUATU DI MUKA BUMI MERELAKAN PEMERGIANNYA


" Gambar keluarga sewaktu Majlis Perkahwinan BB - 2006"

Hari ani, 10hb. Mac, 2007, Sabtu, Jam 11.59 malam (23:59hr). Sudah sebulan kejadian ngeri atu berlalu. Masih balum ada tanda-tanda pengalaman atu akan dilupa, malah ia inda akan dilupa biar keakhir titik kehidupan. Dan “beliau “direlakan tanpa kekesalan. Yang ada hanya kehilangan satu kelibat yang sering mempamirkan senyum.

Ingin ku cari sifat buruknya, mungkin ada suara sumbang yang ingin diucapkan oleh orang sekeliling, atau mungkin ada yang cuba meluahkan perasaan macam mana mereka merasa dimalukan oleh “beliau”. Bukan niatku untuk mengungkit keburukan “beliau”, tapi sekadar untuk membela “beliau” sebagai mana surat pembelaanku untuk anak “beliau” yang cuba di’aib’kan.

Dari sebuah pencarian, akhirnya tiba disatu perhentian. Sebuah keburukan yang dicari hanyalah sebuah kehilangan. Dan kehilangan itu tiada pengganti.

Dari detik aku dihospital semasa hari kejadian yang antara orang mula-mula mengetahui pemergian “beliau”, sampailah saat ani, di depan komputerku untuk meneruskan luahan perasaan yang terus menerus membisikkan segala kenangan hayat "beliau" tanpa berhenti.

Dari saat ku tahu, “beliau” dilanggar, saat “beliau” disempurnakan dan pada hari-hari pembacaan doa arwah dan tahlil di Kg Setia, malah sampai saat aku melukiskan gambaran perasaan ku dengan kata-kata, aku inda pernah mendengar satu suara yang meluahkan kata-kata kesat atau kasar terhadap sesiapa pun, walaupun pada driver pick up atu.

Alam sekeliling seolah paham akan kehilangan dan bumi bagai menerima “beliau”. Buktinya, samapi ke saat ani, aku inda pernah mendengar orang yang cuba membelas dendam atas pemergian “beliau”.

Macam perjalanan hayat “beliau”, yang sering merendah diri, menjaga hati orang dan sanggup berkorban untuk kebahgiaan “beliau” tanpa membelakangi keluarga “beliau” dan alam seolah merelakan pemergian “beliau” dan segala sesuatu yang ada dimuka bumi membisu dari meluahkan kata-kata kasar, kesat dan yang membuatkan orang bangkit hati. Segala kebaikan dan perangai baik “beliau” bagai menjadi penawar kepada semua rasa dendam dimuka bumi. Segala kemarahan dan kekecewaan terubat dengan luhurnya sifat keperbadian yang sempurna seorang insan yang “beliau” miliki. Bagai air memadam api, dan bagai mentari menerangi kegelapan. Itulah gambaranku terhadap “beliau”. Insan yang penuh kekurangan dalam dunia tetapi sempurna sebagai insan.

"Inilah wajah-wajah yang terpaksa meneruskan perjalanan hidup tanpa beliau. Malah lahir seorang insan yang tidak akan pernah merasa kasih sayang seorang ayah"










No comments: