Monday, November 12, 2007

RAYA YANG SEMPURNA

Hopefully inda telambat aku mengupdat blog ani pasal hari raya. Tapi kira too late pulang ni. Inda apa lah... yang pasti, isi ceritanya alum orang tau.

Setelah ketani menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang lalu, kehadiran bulan Syawal mengamit hati yang cuba diselindungkan rasa kesunyian. Dalam bulan Puasa, ketani sama-sama bersedekah tahlil dan sebagainya dan sama-sama jua ketani mengaminkan doa untuk Arwah dengan niat yang sama, "Mudah-mudahan dicucurai rahmat keatasnya".

Dan, ibarat bulan Puasa ketani dalam sesi berhubung dengan Arwah diantara dua alam - Alam Fana dan Alam Barzah, dan tahlil dan doa menjadi jambatan antara dua alam atu.




Berakhir Ramadhan dan muncul Syawal yang penuh RAHSIA YANG BAKAL TERURAI MAKNANYA. Masa bulan Puasa, ketani dapat menyembunyikan rasa kehilangan ketani arah Arwah, namun dengan laungan Tabir Hari Raya di malam yang syahdu telah memecah segala kunci pintu rahsia di hati masing-masing. Baru ketani mengalirkan aing mata mengenang pemergian Arwah.



Perkara yang sering berligar dalam fikiranku, macam mana Bis C Alai berhari raya?. Menyambut kah durang tahun ani?...



Tahun ani, aku inda berapa riang menyambut hari raya. Ada beberapa perkara yang menjadi punca dan punca utama tentunya ketiadaan Arwah. Namun ada jua sebab lain - keretaku masuk workshop(lapas raya baru siap). So aku berhariraya pakai kereta damit yang 'kiput-kiput', Kesihatan kami sekeluarga yang agak terganggu mungkin pasal telampau banyak menunu bunga api, (Aidil pun sudah berani menunu badil pakai
pandidik@machis).



Dalam menyambut hari raya atu, hari pertama seperti biasa kami bekumpul di Saba. Kalau tahun-tahun yang lalu, 2 keluarga yang selalu akhir datang: 1. keluarga Arwah & 2. Bis C Busu with family. Pasalnya, durang ke kubur di pagi raya. Namun tahun ani, masa ku datang ke Saba, kulihat, bis C Alai sudah ada dirumah. Dan sekeping hati pun menangis dalam alunan takbir pag...



Aku cuba mengambil gambar suasana masa atu, sekurang-kurangnya dapat menutup mana-mana yang nampak surang.



Hari raya ani jua, satu soalan yang patut di tanya tapi inda tetanya, "Su, C Alai menyambut Hari Raya kah?" aku msg C Busu. "Antah ah..." nya C Busu. Dan soalan yang inda sanggup ditanya akhirnya terjawab dengan msg dari C Alai: MELAGAU OPEN HOUSE.



************************



OPEN HOUSE @ BIG RIVER (SG BESAR)



Suasananya sederhana tapi harmoni. Alhamdullilah, inda ku melihat sepasang mata yang belinang air mata waktu atu. Segala perancangan sudah disusun oleh Bis C Alai sekeluarga. Selepas semua keluarga bekumpul barutah majlis atu dimulakan dengan bacaan Doa selamat. Lapas doa selamat, sesi makan dimulakan. My favourite Udang masak tepung pun ada kana sediakan. Tekanangku kan Arwah yang selalu kukirimi membali udang besar dan C Alai memasak tapung untuk ku belanja di opis. (Orang opis sampai ani masih ingat menu atu kalau kami ada sesi makan sakan di opis).



Dalam masa makan atu, ada satu pengunguman: "KAMI INDA MEMBAGI ENVELOP (duit hari raya) BEUNJUK TAPI SIAPA PANDAI MENGUNJAR IA UNTUNG. ENVELOP ADA KAMI SUSUP-SUSUPKAN DIMANA-MANA"



Habis saja pengunguman atu, durang semua tarus mencari envelop atu. Aku inda mau pasal melepas niat makan udang atu. Akhir atu barutah aku ikut mengunjar. I AM VERY LUCKY BECAUSE AKU DAPAT 3 ENVELOPE tapi unlucky semua inda berisi.



Suasan masa atu dapat menyembunyikan kesediah yang dirasai. Alhamdullilah, tahun ani durang untuk pertamakali merayakan hari raya tanpa Arwah dan atulah Hari Raya yang sempurna.

*Note: gambarnya nanti ku me upload pasal my equipment tinggal. sorry....