Friday, June 1, 2007

Pindah ke rumah baru.

"Gambar kenangan bersama DPMM di Majlis Bersama Rakyat. Biar bekerja sendiri, namun rasa tanggungjawab kepada Raja tetap dijunung"

Tanggal 31 Mei menjadi titik permulaan untuk C Alai bersama anak-anaknya meneruskan hidup sebagaimana yang telah “diamanahkan” oleh Arwah sebelum beliau “dijemput”. Bagiku, apa yang bis C Alai dan anak-anak nya lihat, atu tah yang arwah lihat. Apa yang durang rasa, atu jua yang dirasanya. Pendek kata, segala susah-senang, tawa dan tangis, semua datang arah Arwah jua. Cuma macam mana datangnya, Tuhan saja yang tahu.

Tanggal 31 Mei, Bis C Alai pindah ke rumah yang menjadi tempat perlindungan durang sekeluarga. Dan yang menjadi sesalanku…, Aku inda datang ke sana masa pagi atu. Macam satu ujian bagiku bila aku yang selalu ada bersama durang, entah macam mana hari atu aku akhir bangun.

Malam sebelumnya sudah kusediakan persiapanku untuk ke sana. Tapi mun sekadar baru merancang, ia inda akan terjadi kalau balum ditentukan oleh NYA. Dan masa ani, menjadi antara perkara yang menjadi sesalan dalam ku menjalani hidup.

Bayangkan saja, masa durang pindah atu, C Alai bersama anak-anaknya turun dari kerita durang tanpa ada seorang yang menjadi ketua keluarga. Malah turut menyentuh hati bila mengenangkan babynya yang durang baru bawa turun dari kerita atu, memulakan proses pembesarannya di sebuah rumah baru tanpa seorang yang begelar “bapa”. Mun cematu, akan disemai jua arahnya bahawa “bapanya” dulu pernah menjaganya semasa dalam kandungan. Malah turut memberi kasih sayang yang cukup. Cuma ia inda pernah merasa sentuhan tangan dari “bapanya”.


Disaat azan dilaungkan oleh Bang Mat sebaik saja durang mula menjejakkan kaki dihalaman rumah atu, Nampak jelas linangan air mata di wajah sayu durang mengenangkan kehadiran durang ke rumah atu inda “sempurna”.

Alam sekeliling seolah turut merasai suasana yang penuh sayu atu. Kedamaian suasana telah gagal menyembunyikan ratapan di hati C Alai biarpun kehadirannya sekeluarga disambut oleh keluarga dari kedua belah pihak. Malah keluarga yang lain pun turut gagal menahan air mata durang masa atu.

Air mata yang mengalir bukan sebab menyesali takdir menjemput Arwah terlalu awal. Atau meratapi kehilangan Arwah. Tapi sekadar mengenang nasib yang menimpa. Terkenang sebuah janji yang diukir bersama. Sebuah harapan yang menjadi kekuatan. Dan yang tinggal hanya sebaris ayat yang gagal dilafaskan.

“Oi, sampai tah jua hajat ketani berumah sendiri, Oi…” . Mungkin atu lah ayat yang akan diucapkan oleh C Alai seandainya Arwah masih ada.

Bagai luka lama berdarah semula, sebaik saja durang bekumpul di ruang tamu untuk membaca doa sempena selamat berpindah ke rumah atu. Tanpa dirancang dan tanpa diduga, kedudukan durang sekeluarga duduk atu berlatarbelakangkan gambar kenangan sekeluraga bersama Arwah.

Maha suci Allah yang memberi anugrah arah durang, Satu sinar harapan untuk menjadi bekalan bis C Alai disana, biarpun Arwah inda ada bersama durang, tapi sekadar sekeping gambar sudah cukup mencerminkan bahawa Arwah tetap bersama durang.

Biar langit dan bumi inda bersatu, dan malam menghindari siang, tapi jika Allah mahu memberi anugrah pada hambanya, tiada sesuatu berhak menghalangNYA.


"Persiapan awal untuk majlis membaca Doa Selamat"

"C Aji yang mengira kursi. Kursi yang kira inda pandai ngam. Sekajap banyak, sekajap sedikit "

"Makan dulu eh, sama jua babah lakat lagi mengira kursi"


"Perjumpaan yang inda resmi antara keluarga di rumah C Alai"

"Bersama mengaminkan semoga segala rezeki akan mudah datang ke rumah ani"


"Antara jemputan yang menikmati jamuan"


"Gelagat ahli keluarga yang baru berkumpul di rumah baru selepas majlis berakhir"


" Suasana kanak-kanak yang cukup riang menyanyikan lagu PARAM PAM-PAM"





100, Sebelum dan Sesudah...


Telalu laju masa berjalan. Biarpun MASA hanya sekadar MERANGKAK, namun terlalu jauh rasanya diri ketinggalan. Sampai inda terasa sudah lebih 100 hari permergiannya.

Dan, dalam tempoh 100 hari atu, dari apa yang dapat ku perhatikan, inda ada satu majlis keraian atau kegembiraan yang mampu di adakan. Bukan pasal inda mampu dari segi kewangan atau masa, tapi dihalang oleh suatu ‘aura’ yang telampau mempengaruhi keadaan sampai tawar rasa hati untuk bergembira.

Pada mulanya, inda pernah terfikir untuk keluar dari suasana suram. Malah dalam otak, kalau ketani cuba senyum, seolah-olah ketani cuba melupakan kenangan hidupnya, biar inda pernah terlintas untuk macam atu.

Percaya atau inda, aku inda pernah men’delete’ nombor mobil Arwah. Masih ada nama Arwah arah mobilku. Aku sendiri inda pernah memikirkan untuk mendelete nombor atu. Seolah olah ia masih dapat ku hubungi. Inda ku tahu orang lain. Kadang-kadang, kalau ku ada acara makan di opis, Arwah ani tah orang yang akan ku telepon untuk membalikan udang besar.

Cuba bayangkan, dalam tempoh 100 hari atu, ramai ketani yang menyambut hari bahgia terutama hari jadi. Bermula di bulan Februari, yang bersamaan jua bulan pemergiannya atu ada beberapa orang menyambut hari jadi. Antaranya aku sendiri, anak C Aji, C Kidah dan siapa-siapalah... Besambung bulan Mac dan April yang sememanya antara bulan yang tercatat di dalamnya tarik keramat keluargaku. Hari keramat hanya berlalu macam hari biasa. Mungkin pasal masih mencari-cari ruang sebuah harapan.

"Sebuah pertemuan yang diwarnai dengan ukiran senyumandi hari ani. Nyata sebuah senyuman boleh memancarkan cahaya untuk satu kesuraman yang panjang"

Dan bulan Mei telah membawa sinar. Sebuah sinar mula bercahaya bila C Busu celebrate b’day nya. Alhamdullialah, Allah telah memberi ilham arah C Busu. Entah ia sadar atau inda. Yang pasti, suasana meraikan HARI JADI nya sudah cukup menjadi titik mula untuk ketani keluar dari selubung yang suram. Atu tah senyuman pertama kami. Atu lah keraian yang pertama pernah disambut semenjak pemergian Abang iparku.

Dan, malam atu, C Alai datang bersama semua anak-anaknya termasuk HAZWAN.

"ani tah antara wajah-wajah yang mula mengukir senyum disaat celebrate b'day C Busu"

"Antara orang yang bertanggugjawab mempastikan perlindungan keluarga baby ani sempurna"

"Satu pandangan yang menyimpan seribu makna yang aku sendiri inda tahu apa disebaliknya. Mungkin tekanangkan nasib baby atu atau memikirkan apa kan dimakan"