Friday, August 31, 2007

Inginku gapai tapi inda tedaya.

Bila ketani dalam keadaan sakit, maka perkara yang sering ketani ingat ialah mati, walhal mengingat mati atu hukumnya sunat. Bagiku, bila jasat ketani sakit yang menyebabkan ketani terpaksa berehat macam limpang-limpang, roh ketani akan menjadi sensetif. Bagiku, mungkin ia akan ada berhubung dengan roh orang yang sudah inda ada. Tapi hubungan atu indalah sekukuh mana, sekadar ibarat orang bertagur sapa saja. Atu bagi ku, kalau ku salah tolong luruskan. Dan jangan jua luan difikirkan pasal atu. Kalau kan mau pasti, cuba tanya arah orang yang arif.

Kebelakangan hari-hari ani, aku rasa jahat hujut(damam). Banyak masaku berehat saja. Kadang-kadang, balik keraja, aku tarus betangkumus kesajukkan. Sampai aku kana bagi MC oleh doktor. "Thank you doktor"...( kalau boleh panjang-panjang cuti atu samapi 4-5 hari - kata ku dalam hati). rupa-rupanya, la.... sehari ganya.

Dalam ku berehat masa ku limpang-limpang sambil mendengar mp3 dari mobilku atu, waktu atu, lagu Hazami kudangar - Mungkir Bahagia. Tiba-tiba tebayangan seorang insan menyapa dalam ingatanku. Dari detik atu, segala peristiwa sertamerta flashback. Dari saat aku kana bagitau oleh C Aji yang arwah sudah meninggal sampaitah saat C Alai selamat pindah rumah.

Seperkara yang membuatkan aku menitiskan air mata. "Alangkah bisainya bila Arwah menyempati pindah rumah. Dapat ia merasakan kebahagian atu" atu bisik hatiku. Tapi bila kufikir semula, Allah telah mentakdirkan arwah supaya inda menyempati rumah atu. Mesti ada hikmahnya.

Kucuba cari apa yang tersirat dari kejadian atu, rupanya terlalu besar hikmahnya. Seandainya arwah menyampati rumah atu, tentu barat lagi derita perasaan keluarganya. Bayangkan saja, di rumah baru, tentu terbayang dimana ia suka duduk, memang teringat dimana ia suka melimpang untuk menunggu jam keraja lapas ia makan. entah-entah, orang yang inda beriman akan cakap rumah atu membuang tuannya... na'uzubillah.

Ani sekurang-kurangnya C Alai dan keluarganya dapat membena penghidupan baru disana.

"sesungguhnya, tiada sempena baik dengan buruk,
buruk dengan burung hantu,
dan larilah kamu dari orang yang berpenyakit kusta,
sebagaimana kamu lari dari singa".
- antara makna ayat atau hadis yang pernah ku pelajari di sekolah.

MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL FC


vs

Sebuah kenangan yang tinggal bersama arwah apabila kali terakhir arwah menyambut birthdaynya di Bunut. Waktu atu sebenarnya kami inda tau rancangan makan malam di Bunut atu adalah untuk menyambut birthday Arwah. Inda ada hadiah yang kami bawa.

Sebelum aku becerita panjang pasal birthday arwah, aku ingin bagitau bahawa arwah ani penyokong Manchester United. Antara penyokong united ani, C Billah, C Wasid, dan C Alai. Aku ganya penyokong Liverpool. Tapi inda apa, pasal di Kg Setia banyak jua penyokong Liverpool. Kalau Liverpool kalah, abislah aku kana buli. Tapi, kalau United kalah, sorrylah… ku bagi borang perpindahan club dari United ke Liverpool.

Bebalik pasal birthday arwah, nampak keceriaan di wajah arwah bila kek birthday kana ampaikan di atas meja makan. Orang yang paling iski mestilah kanak-kanak. Kek special order dari kadai kek sebagai tanda jiwa arwah.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Sesi meniup dian akan dimulakan. Dan C Alai membuka kek atu kira surprise kan kami. Tap tap… sekali dibuka, orang yang mula ketawa ialah aku. Ha…ha…ha…, “G selamat berpindah ke Liverpool.” . Rupa-rupanya kek yang di order logo Manchester United, tapi yang kana buat logo Liverpool.

Lapas atu, inda beguntug minit, tarus C Alai membungkus semula kek atu. Dihantarnya semula ke kadai untuk diubah semula. Nasib dapat diubah, mun inda kapunan kanak-kanak kan makan kek. Until tah siap kek atu diubah, barutah sesi meniup dian dibuat. Orang-orang Manchester mengalu-alukan penyokong Liverpool untuk menjamu selera dengan kek logo Manchester United. Aku pun terpaksalah makan kek atu…. “Ani tandanya Manchester United dapat kana makan oleh Liverpool” atu ganya yang dapat kukatakan bila aku kana buli oleh penyokong Manchester United.

Atu antara kenangan bersama arwah disaat ia bergembira.

Friday, August 10, 2007

BUKAN KERANA NAMA... SEKADAR TANDA KASIHKU UNTUKMU

Hari ani Jumaat, 10hb. Ogos, genap 6 bulan sudah pemergian arwah. Dengan ertikata lain sudah setengah tahun aku inda melihat kelibat senyumannya. Sedikit demi sedikit suasana sudah beransur berjalan seperti biasa. Nya orang “life must go on”.

Kalau ku ikut kata hati, inginku mengupdate blog ani setiap minggu. Ataupun kalau inda terdaya, dua minggu sekali ataupun sebulan sekali mungkin. Tapi kalau kupikir semula, mengapa aku menulis blog ani.

Beberapa hari yang lapas, ku cuba mengupas segala perjalanan hidup arwah. Kupaksa mengimbas segala ingatku memfokas arahnya. Untuk kuhasilkan dan kuberitahu semua orang sebuah perjalanan hidup seorang yang inda menyuarakan deritanya tapi masih mampu senyum. Pernahkah (sesiapa saja) mendengar keluhannya? Deritanya? Atau susahnya?. Namun, hasilnya hanya kosong. Aku sudah ketandusan idea dan kata-kata.

Dalam diamku merenung semula segala pelajaran dan ilmu yang dipelajari dalam hidup, baru ku sedar bahawa aku mesti akur pada ketentuan NYA. Jangan kan idea dan ilham, segala rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya datang daripada NYA. Dan baru ku sedar bahawa apa yang kutulis selama ani lahir dari ilham yang datang tanpa diundang dan dipaksa.

Jadi, sesuai dengan yang kupaparkan di atas, aku hanya akan mengupdate blog ani bila ilham menyapa dalam hidupku. Mungkin atu adalah petunjuk dari NYA kepadaku dalam usahaku menganang kemulian hati seorang insan bernama HAJI HUSSIN BIN HAJI MUSTAPA.

Kepada semua, hanya kupinta agar inda akan melupakan bolg ani. Seandainya biskita ada digamit ilham dan kenangan bersamanya untuk dikongsikan, sila kirimkan saja arahku. Akan kupaparkan disini. Insyaallah.

Biar ia lama inda update, namun suatu saat, bila tergerak hati ani yang rindukan seraut wajah yang sudah tiada ani bertaut diranting pertemuan rindu, aku akan mengupdat semula. Bukan ku kan melupakannya. Jauh sekali meluputkan kedidia dari ingatanku. Buktinya, lagu Hazami – “Mungkir Bahagia” akan sentiasa kudengar untukku merapatkan diriku dengan kenangan bersamanya.

"Aku menulis bukan kerana nama, tapi sebagai sumbanganku untuknya yang telah pergi. Mudah-mudahan semua kata-kata indah dan baik menjadi doa untuknya di SANA, dan ia inda akan sendiri kerana doa orang yang hidup sentiasa bersamanya. Amin" - ikhlas dari penulis.