Friday, August 31, 2007

MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL FC


vs

Sebuah kenangan yang tinggal bersama arwah apabila kali terakhir arwah menyambut birthdaynya di Bunut. Waktu atu sebenarnya kami inda tau rancangan makan malam di Bunut atu adalah untuk menyambut birthday Arwah. Inda ada hadiah yang kami bawa.

Sebelum aku becerita panjang pasal birthday arwah, aku ingin bagitau bahawa arwah ani penyokong Manchester United. Antara penyokong united ani, C Billah, C Wasid, dan C Alai. Aku ganya penyokong Liverpool. Tapi inda apa, pasal di Kg Setia banyak jua penyokong Liverpool. Kalau Liverpool kalah, abislah aku kana buli. Tapi, kalau United kalah, sorrylah… ku bagi borang perpindahan club dari United ke Liverpool.

Bebalik pasal birthday arwah, nampak keceriaan di wajah arwah bila kek birthday kana ampaikan di atas meja makan. Orang yang paling iski mestilah kanak-kanak. Kek special order dari kadai kek sebagai tanda jiwa arwah.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Sesi meniup dian akan dimulakan. Dan C Alai membuka kek atu kira surprise kan kami. Tap tap… sekali dibuka, orang yang mula ketawa ialah aku. Ha…ha…ha…, “G selamat berpindah ke Liverpool.” . Rupa-rupanya kek yang di order logo Manchester United, tapi yang kana buat logo Liverpool.

Lapas atu, inda beguntug minit, tarus C Alai membungkus semula kek atu. Dihantarnya semula ke kadai untuk diubah semula. Nasib dapat diubah, mun inda kapunan kanak-kanak kan makan kek. Until tah siap kek atu diubah, barutah sesi meniup dian dibuat. Orang-orang Manchester mengalu-alukan penyokong Liverpool untuk menjamu selera dengan kek logo Manchester United. Aku pun terpaksalah makan kek atu…. “Ani tandanya Manchester United dapat kana makan oleh Liverpool” atu ganya yang dapat kukatakan bila aku kana buli oleh penyokong Manchester United.

Atu antara kenangan bersama arwah disaat ia bergembira.

No comments: