Monday, February 19, 2007

KESEMPURNAAN YANG TERSEMBUNYI



MAJLIS DOA ARWAH (7 HARI)

18hb. Februari, 2007. Sudah 8 hari berlalu pemergian Allahyarham Haji Hussin bin Haji Mustapa meninggalkan kami. Dan pada hari ini, kami membaca Doa Tahlil untuh Allahyarham di Kg Setia 'A', tempat kelahirannya.

Biarpun cuaca inda menentu, tapi perjalanan aku sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah. Malah semua yang ada disekeliling kami bagai memberi kerjasama untuk kami mengingat Arwah dengan Majlis atu.

Jika ku ikut rasa hati, ingin rasanya ku menziarahi pusara Arwah sebelum turun ke Kg Setia, tapi oleh sebab aku sendiri inda pasti pukul berapa majlis atu kan dimulakan, so aku meneruskan saja perjalanan kami ke Kg. Tapi dalam hati berdoa mudah-mudahan aku akan ingat untuk singgah ke pusara Arwah bila kami pulang dari Kg karang. Tanpa di duga, hujan turun petang atu. Niatku untuk ke kubur inda kesampaian. Cuma aku berazam untuk bersedekah kepada Arwah dari rumah saja.


HIKMAH DISEBALIK SESUATU.

Dalam meneruskan hari-hari yang berlalu tanpa senyum Arwah, semua orang sukar untuk membayangkan bagaimana keadaan Arwah ketika kejadian 10hb. Februari, 2007 atu. Setiap hari bekerja, aku akan pasti terlihat sebuah Pick Up berwarna biru tersadai di Balai Polis di bandar. Dari keadaan pick up atu yang tertanggal bumper hadapannya, sukar ku bayangkan bagaimana sakitnya ketika Arwah dilanggar hingga membawa maut.

"Dari tanah kita dijadikan dan kepada tanah kita kembali"

Tersadik dihati biniku bertanya kepadaku berhubung keadaan orang yang meninggal. Apakah keadaan ketika menghembuskan nafas terakhir atu sebagai cermin kepada segala perbuatannya?. Dengan berserah dan berpandukan kepada asas percayakan Qada dan Qadar, aku menenangkan biniku yang masih belum dapat menerima kenyataan atas tragidi atu.

"KETANI MANA TAU BILA SAATNYA ARWAH ATU DIAMBIL ROHNYA, MUNGKIN ROHNYA SUDAH DIAMBIL SEBELUM JASATNYA DILANGGAR. ATU HANYA TUHAN YANG MENGETAHI. APA YANG TERJADI, CUMA UJIAN PEMIKIRAN DAN IMAN BAGI KETANI YANG HIDUP. MASALAH SAMA ADA BAIK ATU INDA CARA KEMATIAN ATU, INDA TIMBUL. TAPI SECARA PERIBADI, ATULAH CARA YANG TERBAIK BAGI ARWAH YANG MUNGKIN INDA MENGNGGUNG SAKIT SEMASA ROH DICERAIKAN DARI JASAD, BERBANDING ORANG YANG MENANGGUNG SEKSA SAKIT KETIKA AJAL MENJEMPUT." aku macam penceramah arah biniku yang sedikit demi sedikit menginsafi semuannya.


Namanya jua manusia, kadang-kadang, sifat was-was atu kadangnya masih jua ada. Bukan apa, biniku mendengar dari mulutku ganya, dan aku sendiri menyedari bahawa ilmu ugamaku inda setinggi mana untuk meyakinkan orang. Dalam mencari ketenangan atu, di pejabat biniku, ditanyakan soalan yang sama kepada pegawainya yang bekelulusan dari Universiti Al-Azhar.

"SEBENARNYA KA SUKMA, PERANGAI SESEORANG ANI INDA PULANG KETANI DAPAT MENILAI MELALUI KEADAAN IA MENINGGAL DUNIA. INDA SEMESTINYA KALAU IA MENINGGAL DUNIA SEBAB ACCIDENT MAKNANYA IA BEPERANGAI BURUK. TAPI, YANG MESTI KETANI FAHAMI, SAAT ROHNYA "DIJEMPUT". ATU YANG KANA LANGGAR ATU HANYA JASAT. KALAU KAN MAU TAHU, MASA IA KENA SEMPURNAKAN ATULAH MENCERMINKAN PERANGAINYA. CAPAT IA KANA SEMPURNAKAN, LAGI BAIK." ceramah pegawai biniku.

"MENGAPA KITA TANYA ANI? SIAPA YANG MENINGGALKAN?" soalnya arah biniku

"IPARKU, YANG KANA LANGGAR DI HIGHWAY MASA HARI 6 PAGI AH..."

"AH?... IPAR KITA KAH TU?...." barulah pegawai atu mengetahui cerita sebenarnya.


KESEMPURNAAN.

Menyentuh kepada penerangan dari pegawai biniku atu, lapang jua rasa didada. Setahukku, dari detik Arwah dihantar kehospital, sampai majlis ke hari ani, keadaan dan suasana seolah merestui dan meredai pemergiannya dengan rasa takqwa. Dari waktu kejadian pada jam 6pagi lebil, Arwah telah selamat dikebumikan lebihkurnag pada jam 12.30tengah hari.

Dan seperkara lagi, setiap kali kami kan ke Kg Setia, kami inda perlu menunggu lama di jeti untuk turun perahu. Keadaan bagai telah dirancang dan diatur. Perahu tambang sudah siap menunggu kehadiran kami. Inda perlu kami kan menunjuk kemana tujuan kami. Atulah kelancaran yang kami dapat dan alami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatiah


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَصِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

AMIN.

Tetamu Subuh

Kisah terjadi pada 14hb. Februari, 2007 jam 2.00am apabila antara sedar dengan inda waktu tidurku, seolah-olah aku diperhatikan oleh seseorang. Aku cuba mencari apa puncanya tidurku macam kana ingati. Dengan tawakal kubacakan surah Al-Fatiah, dan cuba untuk tidur.

Esok paginya, perkara ani menjadi topic utama dalam otakku. Mengapa malam atu aku macam kana agai oleh Allahyarham Haji Hussin ani. Ku kanang apa mungkin jadi puncanya. Dan dalam mencari punca atu baruku ingat pasal aku ada satu rancangan yang aku inda sampat buat pada hari Selasa, 13hb. Februari 2007. Rancanan atu pada awalnya kan ku sampaikan tapi atas beberapa sebab, aku menjadi lupa.

Masih ku ingat pada pagi 13hb Februari, 2007. Waktu aku datang ke opis, dalam pukul 7.45am. Jadi ada masa lagi untuk ke kubur. Dengan takdir Allah, aku inda dapat ke Bandar atas sebab pada pagi atu, di Bandar ada satu upacara yang menyebabkan jalan raya jam. Aku gantikan niatku atu untuk sebelah petang.

Allah maha mengetahui segala sesuatu, dan aku sekali lagi inda belaku untuk ke kubur atas sebab terlupa. Petang atu aku terus balik ke rumah.

Sesuai dengan firman Allah s.w.t. menyeru untuk semua umat manusia untuk saling ingat mengingat
sebagaimana dalam surat Al-‘Asr.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ
"Demi masa."

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْر
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,"


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."



Dan seolah pada malam atu, Allah mengirmkan sesuatu untuk mengingatkan aku tentang janjiku.

Tuesday, February 13, 2007

FROM ZERO TO HERO...


'INSAN MULIA'
Pertama kali ku melihat INSAN MULIA ini apabila dia mengadakan 'first date' dengan C Alai (my younger sis). Pada malam atu aku tertidur arah tv room di rumah kami di Kg Bunut. Maklumlah, lalah balik keraja.

Tekajut jua rasanya bila ku membuka mata, rupa-rupanya duduk siringku tidur ani adalah kedia yang kurasa kedia gegaran. Bukan pasal meliat aku tidur yang mungkin langap-langap, tapi pasal baru pertama kali ia keluar dengan stady girlfriend since ia menjadi solo.

Sejak atu, ia sudah menjadi isi dalam keluarga kami. Gambar atu, semasa majlis MENGHANTAR BERIAN. Atulah kek yang kana bagi oleh tunangku sebagai balasan dalam majlis atu.


"Haji Hussin mengipak anaknya Masitah"



'SATU DALAM SEJUTA'
Ani masa aku bersama tunangku yang pada masa tau sudah menjadi biniku menyambut hari jadi anak kami yang pertama dan kedua (eh... aku ada anak udah....). Dalam majlis atu, kami mengadakan bermacam-macam mainan. Dari untuk orang yang begelar bapa/mama sampai kepada orang yang sudah berstatus cucu.

Terlalu ceria wajah INSAN MULIA yang sedang mengipak anak keduanya bersama girlfriendnya dulu, masa atu pun sudah menjadi bininya jua. Dari raut wajah yang selamba, teselindung satu kekuatan padanya.

Antara aku dengan beliau, kami sudah inda ada ikatan sebagai IPAR. Selama ani kupikir ia kuanggap sebagai iparku, tapi bukan... ia udah macam abangku. Statusnya sudah dinaiktarakan seganding dengan si AWANG.Dari segi perangai, budi pekerti, sopan santun, dan segala sifat kesempurnaan insan ada padanya. Atulah pandangan dari kacamataku. Dia ibarat SATU DALAM SEJUTA.


"Dengan wajah selamba, beliau dapat menawan setiap mata yang melihat dengan senyumannya"



'PENYERI SURAMNYA SIANG'
Masih ingat dengan INSAN MULIA, yang hanya ada SATU DALAM SEJUTA?. Kalau orang lain meliat cara penampilannya, mungkin orang akan pikir ia berjawatan di pejabat kerajaan. Mungkin orang terbayang ia berpendapatan tetap.

TAPI, dia hanya seorang PENYERI SURAMNYA SIANG.Siapa sangka, orang yang nampak segak ani, rupa-rupanya dia hanya seorang insan yang berstatus PENGURUS BANGKU IKAN di pasar Gadong. Biar apa status kerjanya, dalam dirinya tiada yang dapat menandinginya.

Siapa diantara kita yang sering menhulurkan tangan bersedekan disaat kita bertekad untuk mencari rezeki untuk diri sendiri? mungkin ada, tapi ada seberapa orang saja?. Dialah PENYERI SURANGNYA SIANG bagi sesiapa yang dikenalinya. Niat bersedekah tidak pernah mengenal waktu dan pada siapa. Kupikir hanya kami yang diberinya lauk free, tapi rupanya banyak lagi..., dari petuan ku, mertuaku dan entahlah siapa-siapa lagi. Yang pasti dia inda pernah kata, "Inda ku beduit". Dan buktinya, sampai tarikh 10hb februari, 2007, bisnesnya INDA BANKRUP.

"Biarpun jauh dari Lambak Kanan ke Bunut, tapi demi menceriakan majlis C Amin, Haji Hussin sama keluarganya sanggup meluangkan masa"

'KAU ISTIMEWA'
Siapa sangka, dalam kecerian wajahnya atu, ada terselindung satu harapan untuk anak-bininya, tersimpan satu cita-cita untuk berumah sendiri, terpancar di lubuk hati untuk melihat anak-anak membesar dan membela hidupnya. Tapi, apakan daya. Sekadar berjawatan PENGURUS BANGKU IKAN, bank inda mungkin dapat membagi loan.

Allah maha mengetahui segala yang desembunyikanNYA dan dia maha pemurah lagi maha penyempurna. Bagi mimpi Haji Hussin dan kelurganya mendapat 'sebuah rumah menumpuk dapan durang'. Inda perlu kubagi tau cemana rumah atu datang menumpuk arah durang, cukup ku katakan Allah maha pemurah.

Dalam keceriaan Haji Hussin sekeluarga mendapat rumah, kami turut menumpang happy disamping dapat mengimbau semula zaman kanak-kanak kami yang terpaksa mengali ubi kayu untuk menjadi breakfast. Disana lah C Awang terpaksa 'KEDI' di padang golf Mentiri. Di Kg Mentiri atu tah jua yang mengenalkan kami adi-beradi erti "HIDUP DAGANG". Telampau jauh bagi kami untuk mengenal erti persengketaan pada masa atu. Tapi kedatangan kami ke Kg Mentiri pada masa ani bukan untuk di ulun orang.

Bagai sebuah hempasan kepada kami sekeluarga bila menyedari kami inda lagi dapat makam bersama lagi Haji Hussin. Tiada lagi INSAN MULIA, yang hanya SATU DALAM SEJUTA dan menjadi PENYERI SURAMNYA SIANG orang. KAU MEMANG ISTIMEWA.

TARIKH KERAMAT

Tanggal 10hb. Februari, 2007 menjadi detik keramat. Waktu atu aku baru saja menghantar AIDIL, ADIK dan Zimah ke Sunshine School bila aku menerima panggilan C Alai, dengan tangisnya meminta tolong. Tersadik di hatiku ada masalah.

"MIT, TOLONGKU... MACAM KERITA HJ HUSSIN BAH KANA LANGGAR AH..., TOLONGKU LAKAS...."

Dengan tenang kupujuk hatiku untuk tabah. Aku cuba mendapatkan tempat di mana "HAJI HUSSIN" berada. Aku gunakan jalan menuju Tungku Highway, malang bagiku, jalan sudah jam. Kucuba melalui jalan Gadong, pun sama jua. Dan akhirnya, taruskan saja.Sepuluh minit perjalanan dengan keadaan yang amat perlahan aku hubungi C Wasid,

"MAMI KE HOSPITAL UDAH".

Aku terus call C AJI dan betanya dimana dia masa atu udah.

"AKU DEKAT GADONG PROPERTY" katanya.

"BAH PUSINGTAH KAU, AGA C ALAI DI HOSPITAL". atu arahanku arahnya sebagai abang.

Alhamdullilah, C AJI dapat berpatah balik. Tapi sepuluh minit lebihkurang aku mendapat panggilan dari C AJI
"MIT, HAJI HUSSIN MENINGGAL...".

Ya Allah, atu tah kemuncak detik hitam hari atu. Aku terus ke hospital dengan memujuk hati supaya jangan menanggis, tapi atulah masanya ganya aku menanggiskan HJ HUSSIN.

Aku call C AWANG dan bagitau berita atu.

"WANG, MANA KAU UDAH?"

"DALAM PERJALANAN, BANDAR KU UDAH"

"HAJI HUSSIN MENINGGAL..." inda ku dapat meneruskan kata-kata lagi. Sampat ku mendangar C Awang menanggis.

Sampai di hospital, aku cuba menenangkan C ALAI. kulihat BAPA pun ada sana. Inda pernah kumelihat bapa menanggis. Atulah saat kami dirundung 'awan kelabu'.

RUMAH MAYAT. Suasanan suram. Terlalu sukar untuk kugambarkan dengan tulisan bagaimana lukisan kehidupan orang-orang yang ada di sana. Dan saat yang penuh memilukan pun sampai bila jenazah Allahyarham diusung keluar dari rumah mayat. Aku cuma mampu memapah C ALAI.

"LAI... SABAR SAJA LAI..."

"MIT... AKU KAN MELIAT HJ HUSSIN MIT..."

"AU LAI... DI RUMAH SAJA KARANG..."

"INDA... SEKAJAP SAJA BAH..."

Hancur luluh hatiku sebagai abang bila mendengar permintaan C ALAI atu. Ku suruh orang yang mengusung jenazah atu tunggu sekejap. Kubawa C ALAI dekat jenazah sebelum kana masukkan ke dalam ambulan. Dan...

"OI... BANGUN OI..."

Dan sekujur mayat yang kaku atu hanya mampu menyepi...

"Haji Hussin memake up kan anaknya yang masih tidur dalam acara ANAK KANA MAKE UP OLEH INDUNG LAKI. BersamanyaC Kidah memigang make up, C Nurul dan Adee Billah tukang lawak, C Alai jadi director BADUT"

"Ceria wajah C Wasid mengipak adinya Masitah yang tebangun masa kana bagi make up oleh bapanya"


"Kecerian Adee Billah lenyap serta merta bila mengetahui dia sudah inda ada indung laki"

"AKU MAU LIAT BABAH LAGI..." sambil mencium gambar arah I.C Allahyarham berkali-kali semasa kami mengadakan majlis membaca tahlil di Kg Setia.

"HAJI HUSSIN BIN HAJI MUSTAPA, DARI TIADA KEPADA ADA. DAN DARI ADA KEPADA TIADA. DARI SEKADAR INSAN YANG BEKERJA DI PASAR KEPADA SEORANG INSAN YANG PALING BERMAKNA KEPADA KELUARGANYA."

"YA ALLAH...TEMPATKANLAH INSAN INI DITEMPAT YANG MULIA SEBAGAI MANA MULIA HATINYA PADA PANDANGAN HAMBAMU YANG MASIH HIDUP. AMIN..."

AL-FATIAH