Monday, February 19, 2007

KESEMPURNAAN YANG TERSEMBUNYI



MAJLIS DOA ARWAH (7 HARI)

18hb. Februari, 2007. Sudah 8 hari berlalu pemergian Allahyarham Haji Hussin bin Haji Mustapa meninggalkan kami. Dan pada hari ini, kami membaca Doa Tahlil untuh Allahyarham di Kg Setia 'A', tempat kelahirannya.

Biarpun cuaca inda menentu, tapi perjalanan aku sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah. Malah semua yang ada disekeliling kami bagai memberi kerjasama untuk kami mengingat Arwah dengan Majlis atu.

Jika ku ikut rasa hati, ingin rasanya ku menziarahi pusara Arwah sebelum turun ke Kg Setia, tapi oleh sebab aku sendiri inda pasti pukul berapa majlis atu kan dimulakan, so aku meneruskan saja perjalanan kami ke Kg. Tapi dalam hati berdoa mudah-mudahan aku akan ingat untuk singgah ke pusara Arwah bila kami pulang dari Kg karang. Tanpa di duga, hujan turun petang atu. Niatku untuk ke kubur inda kesampaian. Cuma aku berazam untuk bersedekah kepada Arwah dari rumah saja.


HIKMAH DISEBALIK SESUATU.

Dalam meneruskan hari-hari yang berlalu tanpa senyum Arwah, semua orang sukar untuk membayangkan bagaimana keadaan Arwah ketika kejadian 10hb. Februari, 2007 atu. Setiap hari bekerja, aku akan pasti terlihat sebuah Pick Up berwarna biru tersadai di Balai Polis di bandar. Dari keadaan pick up atu yang tertanggal bumper hadapannya, sukar ku bayangkan bagaimana sakitnya ketika Arwah dilanggar hingga membawa maut.

"Dari tanah kita dijadikan dan kepada tanah kita kembali"

Tersadik dihati biniku bertanya kepadaku berhubung keadaan orang yang meninggal. Apakah keadaan ketika menghembuskan nafas terakhir atu sebagai cermin kepada segala perbuatannya?. Dengan berserah dan berpandukan kepada asas percayakan Qada dan Qadar, aku menenangkan biniku yang masih belum dapat menerima kenyataan atas tragidi atu.

"KETANI MANA TAU BILA SAATNYA ARWAH ATU DIAMBIL ROHNYA, MUNGKIN ROHNYA SUDAH DIAMBIL SEBELUM JASATNYA DILANGGAR. ATU HANYA TUHAN YANG MENGETAHI. APA YANG TERJADI, CUMA UJIAN PEMIKIRAN DAN IMAN BAGI KETANI YANG HIDUP. MASALAH SAMA ADA BAIK ATU INDA CARA KEMATIAN ATU, INDA TIMBUL. TAPI SECARA PERIBADI, ATULAH CARA YANG TERBAIK BAGI ARWAH YANG MUNGKIN INDA MENGNGGUNG SAKIT SEMASA ROH DICERAIKAN DARI JASAD, BERBANDING ORANG YANG MENANGGUNG SEKSA SAKIT KETIKA AJAL MENJEMPUT." aku macam penceramah arah biniku yang sedikit demi sedikit menginsafi semuannya.


Namanya jua manusia, kadang-kadang, sifat was-was atu kadangnya masih jua ada. Bukan apa, biniku mendengar dari mulutku ganya, dan aku sendiri menyedari bahawa ilmu ugamaku inda setinggi mana untuk meyakinkan orang. Dalam mencari ketenangan atu, di pejabat biniku, ditanyakan soalan yang sama kepada pegawainya yang bekelulusan dari Universiti Al-Azhar.

"SEBENARNYA KA SUKMA, PERANGAI SESEORANG ANI INDA PULANG KETANI DAPAT MENILAI MELALUI KEADAAN IA MENINGGAL DUNIA. INDA SEMESTINYA KALAU IA MENINGGAL DUNIA SEBAB ACCIDENT MAKNANYA IA BEPERANGAI BURUK. TAPI, YANG MESTI KETANI FAHAMI, SAAT ROHNYA "DIJEMPUT". ATU YANG KANA LANGGAR ATU HANYA JASAT. KALAU KAN MAU TAHU, MASA IA KENA SEMPURNAKAN ATULAH MENCERMINKAN PERANGAINYA. CAPAT IA KANA SEMPURNAKAN, LAGI BAIK." ceramah pegawai biniku.

"MENGAPA KITA TANYA ANI? SIAPA YANG MENINGGALKAN?" soalnya arah biniku

"IPARKU, YANG KANA LANGGAR DI HIGHWAY MASA HARI 6 PAGI AH..."

"AH?... IPAR KITA KAH TU?...." barulah pegawai atu mengetahui cerita sebenarnya.


KESEMPURNAAN.

Menyentuh kepada penerangan dari pegawai biniku atu, lapang jua rasa didada. Setahukku, dari detik Arwah dihantar kehospital, sampai majlis ke hari ani, keadaan dan suasana seolah merestui dan meredai pemergiannya dengan rasa takqwa. Dari waktu kejadian pada jam 6pagi lebil, Arwah telah selamat dikebumikan lebihkurnag pada jam 12.30tengah hari.

Dan seperkara lagi, setiap kali kami kan ke Kg Setia, kami inda perlu menunggu lama di jeti untuk turun perahu. Keadaan bagai telah dirancang dan diatur. Perahu tambang sudah siap menunggu kehadiran kami. Inda perlu kami kan menunjuk kemana tujuan kami. Atulah kelancaran yang kami dapat dan alami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatiah


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَصِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

AMIN.

No comments: