"Ya Allah, Ya Rabbi..., Kepadamu ku memohon, limpahkan lah rahmatMu kepada babahku. Babah, ku memohon restumu, dan doakan aku untuk sentiasa tabah menghadapi hidup ani tanpa babah disisi. Doakan ku jua mudah-mudahan aku maju dalam pelajaranku.
Babah... aku rindu babah..."
Kehadiran Hazwan dalam Majlis ani ibarat satu Anugerah selepas ia sihat dan keluar dari Hospital sehari sebelum Majlis ani.
"Babah..., ani tah rumah ketani..." mungkin atu yang cuba diceritakan oleh durang
SUASANA MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH PADA 10HB. FEBRUARI, 2008
Tiada kata-kata yang dapat ku gambarkan suasana Majlis Tahlil bagi Arwah yang sudah genap setahun pemergiannya.
Dalam setahun atu, terlalu banyak perubahan terjadi. Impak dari kehilangannya menghambat kuat arah keluarga yang ditinggalkan. Namun dengan 'amanat' dari Arwah, keluarganya mengharungi dengan satu matlamat. Matlamat yang juga menjadi matlamat Arwah untuk melihat keluarganya bahagia dan berjaya.
Berikut adalah rentitan suasana Majlis Tahlil yang inda dapat ucapkan dengan kata-kata.
Antara ahli keluarga Arwah yang turut hadir
Haji Talip, Antara orang yang paling rapat dengan Arwah
"Ya Allah, berkatilah majlis kami ini dan semoga doa yang kami panjatkan ani mendapat keredaanMu. Izinkanlah doa kami ini sampai kepada Arwah Haji Hussin bin Haji Mustapha. Amin..."
"Kalau lah ada babah, mesti aku inda bejalan seorang macam ani..."
Biar semua kenangan tersimpan dalam kamera ani dan biarkan gambar dalam kamera ani yang menceritakan segala sesuatu yang terjadi
"Cemana kami ani? Macho kah?"
"Nampak ni? tau apa maknanya?... Ani maknanya ada 2 budak hitam di belakangku..."
Ya Allah, kami memohon kepadaMu, Mohon Engkau rahmati Arwah Haji Hussin bin Haji Mustapha. Kami panjatkan doa kepada Mu Ya Allah semoga Arwah Haji Hussin akan terpilih bersama orang-orang yang terpilih untuk menghuni syurga yang Engkau sediakan.
Ya Allah, tempatkanlah Arwah bersama orang-orang yang mulia, kerana di sepanjang hayat Arwah, dia seorang yang memuliakan tamunya.
Ya Allah, perkenankan lah doa dan permintaan kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Amin..."
No comments:
Post a Comment