Tuesday, January 8, 2008

Anniversary Gurindam Jiwa

"Ma, siapa meliat kediaka ani kan?... tantangnya ku lagi banar-banar, Nagapakan? basarkah mataku atu?"

“Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga”

Terlalu indah GURINDAM JIWA atu. Biar sudah batah inda di danger, tapi, sekali-sekali didangar, nyaman rasa telinga. Dan kalau dihayati tiap bait susunan katanya, dapat mengambit kenangan silam. Sebuah kenangan yang bakal mengenapkan SETAHUN PEMERGIANNYA.
"Kami pakai Rexonna cap burung marak...anti paluh, cubalah kalau inda pecaya"

Bagai tersentuh dihati bila aku melihat telatah anak-anak Arwah. Amat terasa bagiku disaat durang menyambut anniversary atu…

Dalam suasana kegairahan orang menyambut kehadiran tahun 2008, aku masih merasa tahun 2007 masih jauh untuk ku tinggalkan. Mungkin pasal kisah pahit ‘BLACK FEBRUARY’ masih mengisi ruang mimpiku, biarpun sepatutnya Februari menjadi bulan kegembiraanku (bulan kelahiranku).
"Bah, siapa lambat makan, ia membasuh naindah"

Di ‘markas’ kami (di Bunut) kami mengadakan satu acara yang menghimpunkan kami as one big family (bapa, mama, adi beradi, menantu, cucu amah, toys dan bla,bla,bla….). Bukan untuk berpesta, bukan untuk bersuka, tapi dengan satu tanggungjawab. Tanggungjawab arah C Alai.
"Masa untuk makan, setiap keluarga membawa menu masing-masing"

Bermacam telatah dipamirkan, bermacam cerita diutarakan dan bermacam bunyi ketawa yang didengar, sampaitah satu saat C Wasid datang dengan … (2 box cake la…).
"Suasana pembahgian kek"

At first durang buka box pertama, ada satu ayat yang membakar semangat. Semangat yang bakal menjadi pemangkin usaha ditahun baru “HAPPY NEW YEAR 2008”

Bersemangat C Wasid, C Kidah dan C Nurul melangkah ke tahun baru. Mungkin durang sudah merasa beban yang ditanggung oleh C Alai kini harus dipikul bersama. Jadi menjadi tanggungjawab durang untuk menceriakan keadaan. I really appreciate what they did. Sebagai anak laki-laki, mudah-mudahan ia menjadi seorang yang dapat melindungi keluarganya. Dan sebagai akan-anak perempuan, kudoakan mudah-mudahan durang menjadi penyokong segala usaha keluarga demi kebaikan keluarga durang.

Lapas atu, tiba untuk membuka next box kedua. Aku piker mungkin ada orang birthday kan di celebrate. Sewaktu membuka box cake atu, terlihat ku sebaris ayat yang amat menyentuh hati kecilku, “HAPPY ANNIVERSARY, WE LOVE YOU, MOMMY”. Sebuah kek sempena memperingati anniversary hari pernikahan C Alai dengan Arwah.
"Tiada kata yang dapat mengambarkan isi hati anak-anaknya Arwah selain dari 2 buah kek"

Setitis demi setitis air mata dihatiku menitis. Biar pun ku bersedih tapi alhamdulillah, aku masih mampu senyum. Sebuah senyuman yang mempunyai seribu makna, dan lahirnya dari hati yang….

Segala kenangan tersusun kembali di dalam kotak fikiranku. Terpamir seraut wajah yang seharusnya di raikan. Cubalah bayangkan, 13 tahun yang lalu, di rumah Bunut atulah durang mula berjumpa untuk 1st date. Di Bunut atu lah jua durang di Ijab Qabulkan. Dan di Bunut atu jua aku mendengar cerita bahawa Arwah pernah menitiskan air mata gembira.
"Bah, siapa rasanya kalau meniup dian kek atu, inda keluar aing liur, boleh meniup"

Dari detik atu dapat ku tafsirkan, anak-anak Arwah masih mengharapkan kehadiran Arwah, masih mahu bermanja padanya, mengadu suka duka durang arahnya. Kan menceritakan kecemerlangan durang, yang hanya mampu digambarkan saja dari SEBUAH KEK HAPPY ANNIVERSARY PERKAHWINAN.
" 'Ani lah jelitawan yang memperagakan selaur jeans cap KAKI BANGAU - kalis kotoran dan anti bau - inda akan mengeluarkan bau walau inda di cuci selama 1 tahun (asal inda dipakai dari mula-mula membali)' - C Atul yang menjadi wakil dari keluarga dari London turut sama meraikan majlis"


“…Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga”

“HAJI HUSSIN, SEANDAINYA ENGKAU DAPAT MELIHAT DAN MENDENGAR, MUNGKIN ENGKAU AKAN MERASA BERSYUKUR DENGAN ANAK-ANAKMU. BIAR ENGKAU TELAH TIADA, TAPI KAU MASIH HADIR DI JIWA MEREKA… SEMOGA ENGAKU MENDAPAT RAHMAT DARI USAHA ANAK-ANAKMU YANG SERING MENGINGAT MU, AMIN…”

No comments: