Entah macam mana, rupanya terjadi satu keadaan ganjil malam atu, Bukan terjadi arah ku, tapi terjadi arah biniku.
Esok paginya, masa ku keraja, baruku men check telefonku.
“Eh! Ada msg rupanya.”
So aku pun bukalah apa msg nya atu. Tekajut ku membaca msg atu. Msg atu datang dari C Awang. And jam msg atu pukul 2 subuh.
“C ALAI BERANAK UDAH . LAKI2 ANAK NYA”
"Terlalu lena tidurnya bila berada dikelilingi oleh keluarga yang belum dikenalinya"
Apa yang ku terbayang masa atu hanya satu pertanyaan, “SIAPA MEMBAWA IA KE HOSPITAL AWAL SUBUH?”
I try to call C Wasid N C Kidah. Than baru ku tahu ceritanya. Aku begitah my wife pasal C Alai, than baru ia becerita pasal kejadian malam atu.
Mengikut ceritanya, malam atu ia tebangun dalam pukul 1 ke pukul 2 subuh. Tanpa semana-mana, ia tekanangkan Arwah. Bagai membayang rupa Arwah. Tapi dalam keadaan tekanang atu, sampat jua disedekahkan nya FATIAH. Alhamdullillah jua lah…
Rupa-rupanya segala yang terjadi pada malam atu macam ada satu pesanan yang cuba disampaikan oleh Arwah arah kami. Cuma kami inda faham apa maksudnya.
Kesimpulan yang dapat kuhurai dalam peristiwa atu, Kami memang tahu C Alai any time boleh beranak tapi keadaan ku yang telampau tepihit oleh kerajaku dan beside rasa damamku, aku telupa pasal C Alai. Atu silapku, aku mengaku. Akan ku cuba memujuk hati ani supaya dapat memaafkan diri sendiri.
Dan malam atu, mungkin Arwah cuba mengingatkan aku sama biniku. Ia inda datang arahku tapi arah biniku. Mungkin pasal aku damam, Arwah inda mendatangiku. Pasal kalau ku tebangunpun aku inda dapat buat apa-apa pasal damam. Dan silapnya biniku pun inda terfikir maksud ‘kedatangan’ Arwah. Sampai tah hari ani, Jumat 20hb. April. Mungkin Arwah kan membagitau C Alai udah kan beranak. Bertepatan waktu atu C Alai sudah dalam labour room. Ia beranak dalam pukul 2 subuh.
Alhamdullilah, inda ada kejadian yang inda diingini berlaku
"Suasana di ward 17, bilik no. 10, menjadi perkumpulan rasmi keluarga kedua belah pihak selepas C Alai beranak"
Pada siapa yang membaca blog ani, satu nasihat untuk semua.
“BIAR MACAM MANA KATANI DISIBUKKAN OLEH DUNIA, JANGAN SEKALI KETANI LUPA SIAPA DISEKELILING KETANI YANG MEMINTA PERHATIAN KETANI. BIARPUN SECARA INDA LANGSUNG.”
Lapas ku mengambil anakku dari belatih pengakap, baru kami melawat C Alai. Masa ku sampai, keluarga Arwah sudah awal di sana. Alhamdulillah. Biar durang sudah kehilangan Arwah, namun C Alai masih di tatang macam minyak yang penuh. Alhamdullilah.
"Terpancar sebuah kegembiraan bila menimbang cucu yang baru lahir hingga dapat menyembunyikan sebuah kehilangan yang direlakan"
Pada malam nya, aku membawa anak biniku melawat C Alai untuk meraikan kehadira insan baru dalam keluarga C Alai. Dan… dia inda pernah merasa belaian tangan dari bapanya. Inda berkesempatan diberi nama oleh bapanya. Inda pernah mendengar suara bapanya menyebut namanya. Tapi yang penting, Arwah bapanya meninggalkan banyak sanak saudara yang memang mengambil berat tentang keluarganya. Terutama keluarga Arwah bapanya yang inda pernah putus melawat C Alai di hospital.
"Antara saat mengembirakan Aidah bila berada siring baby"
Sebuah penghargaan yang patut kuzahirkan kepada keluarga Arwah yang mempunyai ikatan kekelurgaan yang amat erat dengan pintalan tali persaudaraan yang kuat. Bagai kata pepatah “bila peha kanan dicubit, peha kiri terasa sakit jua.”
Sebagai kata penutup kalam, hanya dapat kuukirkan kata-kata yang amat sesuai…
“ALHAMDULLILLAH…”
"Wajah-wajah yang seolah-olah ingin mengkhabarkan dan memperlihatkan kepada bapa mereka tentang kelahiran adik mereka"
No comments:
Post a Comment