Saturday, April 21, 2007

DAN AKHIRNYA KAU 'PULANG' KE RUMAH JUA...

It was Sunday afternoon 15 April, masa aku di rumah C Alai di Sg Besar. Suasana cukup meriah sampai dapat menyembunyikan sebuah kehilangan. Bapa, Mama, Metua C Alai (Hjh Timur) dan kami yang terdiri dari keluarga kedua belah pihak – termasuklah C Nah sama adi beradinya and C Aji dengan anak bininya and aku sama pasukan PENGAKAPku. Turut ada jua hari atu, C Busu dengan anak lakinya dan metuanya.

Suasana di luar rumah sangat meriah. Adee Billah macam lupa nasibnya bila ia bejumpa dengan sepupu-sepupunya. Kesiuk kan bemain bola sama-sama dengan anak C Aji dan PENGAKAP ku(Aidil N Adik) cukup menceriakan suasana disamping diperhatikan C Alai, Bapa, Mama, C Aji sama bininya.

Lapas bermain-main dengan sepupunya, tiba masanya membersihkan halaman. Aktiviti mengumpul daun karing bermula untuk di tunu. Part ani lah PENGAKAP ku paling suka
"Adee Billah bersama ahli pengakap"

"Ketua pengakap menunjukkan cara menunu daun supaya inda mencemarkan alam sekitar (inda keluar api)"

Metua C Alai masih lagi makan menjamu selera dengan TUMPI yang dibuat oleh Metua C Alai. Kami pun ampit makan tumpinya atu.
"Peraduan: Siapa lebih cepat dan hebat, orang makan tumpi atau yang membuatnya."

"Metua C Alai yang menunjukkan cara-cara membuat tumpi"

Di dalam rumah tingkat Atas C Kidah N C Nurul sibuk memanyap bilik masing-masing. Dan di tingkat bawah, aku punduk-punduk sendiri.

Entah macam mana, bila Allah menghendaki, apa yang diluar jangkauan akal boleh terjadi. Masa ku punduk-punduk meliat kertas pasal computer, tiba-tiba terlihat satu bayangan yang memasuki rumah atu dan berjalan di lurung rumah atu (tempat aku punduk-punduk). Dapat kuliat dari ekor mataku satu susuk badan yang dulunya selalu ku liat. Dan bila ku menoleh ke susuk atu, bayangan atu hilang… dan yang ada hanya se….

Hatiku bercampur baur. Antara tekanangkan ke dia dan rasa happy pasal kehadirannya datang ‘melawat’.

Balik ku dari sana, perkara atu masih kupikirkan, sampai lah aku membuat kesimpulan bahawa dia sudah ‘pulang’ ke rumah melihat anak bininya yang sudah sempurna mempunyai tempat perlindungan biarpun ia sekadar memerhati.

Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di salah sebuah istana di dalam syurga…Amin.

AL-FATIAH

No comments: