Thursday, October 11, 2007

‘LIANG LAHAT’

"Pusara Arwah - bersemadinya kau di sana kami iringi dengan doa"

Dalam ketani mengharungi suasana Ramadhan ani, aku macam teringat pada satu kisah. Satu kisah yang dulu pernah kana ceritakan arahku tentang Arwah, tapi untuk seketika aku dilupakan kisah atu.
Aku masih ingat waktu atu, bila kami minum di kantin Hospital (Aku, biniku. C Dayang sama Bang Mat, C Aji, C Awang sama C Minah, dan Arwah bersama Adee Billah, dan bapa – yang lain masa atu ada urusan yang perlu diselasaikan macam mengambil kanak-kanak sekolah atau dalam perjalanan kan ke Hospital). Arwah masa atu mengorderkan Adee Billah mee goreng sama ayam.

“Ingin ia makan ayam goreng ni C Billah ah…” ucapannya arahku yang melihat Adee Billah benafsu makan mee nya sama ayam. Inda ku nafikan aku pun pernah bejumpa Arwah waktu lunch hour ia membali fast food untuk Adee Billah.

Dalam kami sibuk melayan parut masing-masing, rupa-rupanya Arwah ada becerita pasal pengalamannya arah biniku.

“Dalam rupanya Liang Lahat ani Sukma…, barutah ku pernah masuk tu.”

Arwah menceritakan pengalamannya semasa Arwah neneknya dikebumikan lebik kurang seminggu sebelumnya.

“Eh lain-lainan jua C Haji ani becerita ah, masa Mama bepotong lagi” bisik hati biniku yang sudah merasa satu petanda dari Arwah.

Inda terbayang oleh biniku bahawa atu sudah alamat yang inda sengaja diberitahu oleh Arwah pasal dirinya, walaupun waktu atu semua otak tertumpu arah keselamatan Mama yang menjalani operation yang serius.

Perkara atu diceritaka arah ku oleh biniku. Dan aku menerimanya dengan hati yang tenang andainya perkara atu mengkin akan terjadi arah Mama. Aku sendiri pernah memotivasi arah Mama sebelum operation atu.

“Maa, jangan tah kita takut, inda apa-apa tu, lagi pun, apa yang kan kita takutkan, memang kematian atu akan datang arah ketani, ganya inda tahu bila.” Antara ucapan semangat yang kuberikan arah Mama.

Hari berlari mengejar minggu yang menjarakkan waktu, dan macam sudah saat ditentukan Ilahi, Arwah pergi tanpa kembali. Masih dapat kubayangkan semasa aku membawa biniku ke Kg Setia dihari Arwah meninggal, orang ramai berjalan lambat dijambatan menuju rumahnya.

“Lambat jua orang dapan atu bejalan” kataku arah biniku. Rasa jua kan capat datang arah rumah Arwah.

“Biar tia, inda apa tu…” sahut biniku yang jua memang takut bejalan dijambatan yang macam begoyang rasanya akibat ramai yang menjalani jambatan atu.

Rupa-rupanya, yang menyebabkan lambat bejalan atu ialah Mama yang baru beberapa hari lapas operation dipimpin oleh C Dayang.

Di bulan puasa ani, sudah 2 kali ku bemimpi pasal Arwah. Walaupun dalam mimpiku atu, inda ada susuk tubuh Arwah, suasana mimpi atu 100% menghubungkan aku dengan Arwah. Yang pasti, aku pernah menangis dalam tidur.

"Pandangan dari pusara Arwah menghadap parking kereta - mungkin suata saat ada insan lain yang ingin menziarahi"


“Ya Allah, andainya Alam Barzah dapat berhubung dengan Alam Fana, dan yang hidup dapat berinteraksi dengan yang telah pergi, biarpun di perantara dua Alam (mimpi), Dan dengah kehendakmu jua, izinkanlah kami menikmatinya… Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

No comments: